mutiara rentas desa

Bas Henti-Henti Kembali Beroperasi di Kelantan, Diusahakan Konsortium E-Mutiara

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Orang ramai di negeri Kelantan boleh kembali menarik nafas lega apabila operasi bas henti-henti kembali beroperasi secara rasmi setelah setahun dihentikan.

Perkhidmatan tersebut yang sebelum ini dikendalikan oleh Syarikat Cityliner diambil alih oleh Konsortium E-Mutiara Berhad.

Operasi bas henti-henti itu melibatkan perjalanan pergi dan balik setiap hari di bawah jenama perkhidmatan Mutiara Rentas Desa yang melibatkan sembilan laluan.

Laluan tersebut ialah Kota Bharu-Salor-Pasir Mas; Kota Bharu-Gua Musang, Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja, Kota Bharu-Kuala Krai, Kota Bharu-Pengkalan Kubor, Kota Bharu- Kemumin-Sabak, Kota Bharu-Sabak-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan dan Kota Bharu-Bukit Marak-Bachok.

Bas Henti-Henti Kembali Beroperasi di Kelantan, Diusahakan Konsortium E-Mutiara

Katanya, bagi laluan Kota Bharu-Salor-Pasir Mas, ia melibatkan tiga trip pergi balik bermula jam 7.15 pagi hingga 6 petang, laluan Kota Bharu-Gua Musang pula hanya dua trip pergi balik bermula jam 4.45 pagi hingga 5.30 petang manakala laluan ketiga Kota Bharu-Tok Bali-Kampung Raja melibatkan empat trip ulang alik bermula jam 6.15 pagi hingga 5.30 petang.

Bas Henti-Henti Kembali Beroperasi di Kelantan, Diusahakan Konsortium E-Mutiara

Perkhidmatan tersebut bermula dari Kota Bharu di Stesen Bas Jalan Hilir Pasar, di sini manakala lokasi hentian dalam laluan adalah seperti yang dikendalikan oleh penyedia perkhidmatan yang terdahulu.

Untuk permulaan, transaksi tambang adalah dalam bentuk tunai dan para penumpang boleh menghubungi talian 09-7745555 jika memerlukan maklumat lanjut tentang perkhidmatan Mutiara Rentas Desa.
 

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram