causeway link

Bas Johor Bahru-Singapura Kini Beroperasi 24 Jam, Bertolak Setiap 45 Minit Pada Jam 11PM-4AM

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Johor Bahru dan Singapura dah macam adik beradik. Terletak bersebelahan, ramai warga Malaysia dan Singapura berulang-alik setiap hari atas pelbagai urusan. Jika ramai rakyat Malaysia menuju ke Singapura bagi mencari rezeki, ramai pula rakyat Singapura berjalan-jalan di Johor Bahru menjadikan pengangkutan awam di antara 2 bandar ini sangat penting.

Terbaru, perkhidmatan bas rentas sempadan Causeway Link CW2 antara Singapura dan Johor kini beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bermula 1 Ogos 2022 dari Terminal Larkin, Johor Bahru ke Terminal Bas Queen Street di Bugis, Singapura.

Bas Johor Bahru-Singapura Kini Beroperasi 24 Jam, Bertolak Setiap 45 Minit Pada Jam 11PM-4AM
Kredit Gambar : Mothership

Harga Tambang

Perjalanan dari Johor ke Singapura ialah RM4.80 (S$1.50) manakala setiap perjalanan dari Singapura ke Johor berharga S$4.80 (RM15.51)

Bas Johor Bahru-Singapura Kini Beroperasi 24 Jam, Bertolak Setiap 45 Minit Pada Jam 11PM-4AM
Kredit Gambar : Time Out

Jadual Perjalanan

Menurut jurucakap Causeway Link, yang menjalankan perkhidmatan, bas itu dijadualkan berlepas setiap 45 minit selepas 11 malam.

Pada pukul 4 pagi, kekerapan bas akan ditingkatkan secara beransur-ansur dan kembali kepada kekerapan pada waktu perniagaan biasa iaitu 15 hingga 20 minit (bergantung kepada keadaan trafik)

Jurucakap itu berkata: "Selagi pelanggan memberi isyarat permintaan, kami pasti akan melaraskan kekerapan perjalanan kami."

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram