jalanraya di malaysia merdeka

Bawa Kenderaan Sendiri ke Dataran Merdeka Pada 31 Ogos ? Baca Tips Ini

Tag:
Dikemas Kini: 30 Ogos 2022
Surga Route

Ramai dah tahu sambutan Hari Kebangsaan ke-65 tahun ini bakal diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Di aplikasi TikTok, ribuan video-video raptai perbarisan telah dimuatnaik yang menyuntik semangat ramai rakyat Malaysia untuk sama-sama turun memeriahkan sambutan hari kebangsaan nanti.

Untuk anda yang merancang untuk ke Dataran Merdeka menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh rujuk maklumat ini.

Bawa Kenderaan Sendiri

Jika anda membawa kenderaan sendiri, anda harus ingat terdapat 18 jalan utama ditutup dan dilencongkan pada 31 Ogos 2022 nanti. Kalau nak tahu senarai jalan yang ditutup boleh baca ini :

BACA : 18 JALAN DITUTUP SEMPENA HARI KEBANGSAAN INI SENARAINYA !

Tips Menyambut Hari Kebangsaan ke-65 Secara Langsung di Dataran Merdeka

Jadi, peruntukkan lebihan masa sebagai persiapan jika anda terpaksa berputar semula atau melakukan lencongan.

Untuk tapak meletak kenderaan, ada beberapa tempat yang telah dikenal pasti oleh PDRM sebagai lokasi sesuai untuk meletakkan kenderaan anda, bagaimanapun anda kena ingat jumlahnya terhad. Lokasi tersebut adalah :

  1.  Jalan Tanglin
  2. Parkir Awam Hadapan Klinik Kesihatan Tanglin
  3. Parkir Awam Hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi
  4. Sekitar Masjid India (Parkir Awam di Sekitar Jalan Munshi Abdullah)
  5. Jalan Sultan Salahuddin
  6. Parkir Bertingkat Hadapan Bukit Aman

Melihat kepada senarai tempat meletak kenderaan ini, bagi kami hanya parkir awam di Jalan Tanglin, Klinik Kesihatan Tanglin dan sekitar Masjid India sahaja yang benar-benar berdekatan dengan Dataran Merdeka.

Tempat meletak kenderaan yang lain terletak agak jauh dan memerlukan anda untuk berjalan kaki lebih lama. Jadi, kami rasa mungkin anda patut memilih pilihan yang lagi satu, iaitu menaiki pengangkutan awam. Caranya seperti di pautan di bawah :

BACA : CARA KE DATARAN MERDEKA MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram