promosi buy 1 free 1 resort world genting

Beli 1 Percuma 1 ! Resort World Genting Adakan Promosi Istimewa Sempena PRU15

Tag:
Dikemas Kini: 27 November 2022
Surga Route

Menjelang Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini, banyak syarikat-syarikat menawarkan promosi istimewa sebagai galakan dan tanda apresiasi kepada rakyat Malaysia yang keluar mengundi dan menentukan masa hadapan negara.

Salah satunya adalah Resort World Genting yang menawarkan promosi Jom Undi : Promosi Beli 1 Percuma 1.

Beli 1 Percuma 1 ! Resort World Genting Adakan Promosi Istimewa Sempena PRU15

Jangan lepaskan promosi hebat ini dan mendapatkan penjimatan yang lebih. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah dengan menunjukkan jari berdakwat anda kepada staf yang bertugas untuk menebus tawaran masa terhad ini!

Promosi Beli 1 Percuma 1 ‘Jom Undi’ ini terpakai untuk

  • Tiket pergi balik Awana SkyWay
  • Pas Perjalanan Tanpa Had 1 Hari Skytropolis
  • Tiket 1 Hari Genting SkyWorlds
Beli 1 Percuma 1 ! Resort World Genting Adakan Promosi Istimewa Sempena PRU15

Terma dan Syarat

Sudah pastinya promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat. Terma dan syaratnya ialah:

  • Promosi ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengundi dan tunjukkan jari berdakwat anda
  • Pembelian maksimum ialah 6 tiket setiap orang.
  • Tiket adalah tertakluk pada ketersediaan berdasarkan siapa cepat dia dapat.
  • Promosi ini terpakai untuk pembelian di kaunter tiket sahaja
  • Tawaran ini tidak terpakai dengan promosi lain dan tidak boleh dipindahkan, ditukar dengan wang tunai atau dilanjutkan.
  • Genting Malaysia Berhad berhak untuk menambah atau meminda promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram