maha 2022

Berbaloi Atau Tidak Untuk ke MAHA 2022 ? Baca Perkongsian Lelaki Ini Sebelum Anda Pergi

Tag:
Dikemas Kini: 9 Ogos 2022
Surga Route

Ekspo MAHA 2022 yang ditunggu-tunggu telah bermula dan berlangsung dari 4 hingga 14 Ogos 2022 dan waktu operasi 10AM-10PM. Ia bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor dan bagi yang pernah ke sana tahu betapa besarnya ekspo ini.

Berbaloi Atau Tidak Untuk ke MAHA 2022 ? Baca Perkongsian Lelaki Ini

Katanya, sejak 6 Ogos 2022 sambutan MAHA 2022 amat menggalakkan dan sangat ramai pengunjung ke sana. Bila ramai sangat pengunjung ini, kita pun mula fikir patut atau tidak kita turut ke sana, bersesak dengan orang lain ? Atau duduk saja di rumah ? Agak-agak berbaloi atau tidak untuk berpanasan dan bersesak-sesak? Haaa, seorang pengguna Facebook dengan nama Muhammad Iszee ada berkongsi pengalaman dan tips beliau yang sudah 2 hari menjejakkan kaki di MAHA 2022.

Berbaloi Atau Tidak Untuk ke MAHA 2022 ? Baca Perkongsian Lelaki Ini
Kredit Gambar : The Malay Mail

Dua hari dekat Maeps Serdang, MAHA 2022 bukan bishe bishe boh. Penat, patah kaki, barai semua ada. Tapi worth it, seronok gilaaaaaaaa!

Masuk pun PERCUMA tapi cuma kena bayar parking masa masuk tu guna Touch 'n' Go. Tu pun RM5 je.

Akan ada beberapa golongan yang pergi ke MAHA ni ;

1. Ibubapa yg nak bawa anak dia jalan-jalan. Siap ada yg bawa anak dia dlm trolley camping.

2. Orang tua yg nak pergi tengok pokok-pokok, buah atau sayur ataupun ternakan. Yg ni aku sendiri tengok ada makcik tu usung Guinea Pig weh πŸ˜…

3. Remaja-remaja yg sukakan makanan. Memang heaven!

4. Ofcoz geng-geng korporat & bisnes yg nak cari peluang & 'tools' utk bisnes diorg.

5. Yang ni wujud, dak-dak single. Memang ada! Kesian makan sorang, pi jalan sorang, naik bas pun sorang.

MAHA 2022 ni agak memenatkan kalau kita tak ready & tak research terlebih dahulu. Aku dah lalui kepenatan tu so aku sediakan beberapa tips utk korang supaya tak ikut sama penat πŸ˜‚

Tips ke MAHA 2022

βœ… Google map MAHA2022 dulu dan download, simpan dalam phone. Jangan cari dkt website, leceh & kekadang server down. So tengok je dekat Google tu. 2022 tau jangan salah!

Berbaloi Atau Tidak Untuk ke MAHA 2022 ? Baca Perkongsian Lelaki Ini

βœ… Kenalpasti dulu korang golongan mana based on aku listkan dekat atas tu. Kat sini akan memudahkan kerja korang.

βœ… MAHA macam biasa yg korang pernah pergi, besar dia sebesar MAEPS tu, ada dua entrance. Laman Tiba 1 & Laman Tiba 2.

βœ… Buat korang yg 1,2 dan 3 tu kan. Aku suggest utk masuk daripada Laman Tiba 2. Waze je 'Laman Ternakan' nanti dia bawa masuk daripada belah Putrajaya.

βœ… Kalau korang golongan ke-4 masuk daripada Laman Tiba 1. Korang akan sampai ke main hall dia dulu, ada Dewan A, B, C dan D.

βœ… Kalau golongan ke-5 tu lantak kau, pandai-pandailah hidup. Sebab hidup single ni kadang takde arah tujuan. Gurau πŸ˜…

βœ… Kalau masuk daripada Laman Tiba 2, korang akan jumpa Laman Ternakan dulu. Kat sini memang banyak booth binatang-binatang ternakan. Boleh beli & murah. Makanan ke, sangkar ke atau apa-apa berkenaan ternakan semua ada.

βœ… Dekat Laman Tiba 2 pun masuk-masuk dah ada 'food festival'. Panjangggg. Jalan depan sket dah jumpa Ladang Ternakan. Situ pun ada G2G Valley, ada live band sendu, ada ternakan dan ada makanan/minuman.

βœ… Dah sampai G2G, jangan rambang mata tau. Control nafsu membeli tu sebab seberang G2G ada pula FarmFresh punya exhibition dan foodcourt plak. Kat sini makanan/minuman/barangan dia agak berpatutan sedikit berbanding tempat lain.

Sedap-sedap gak!

βœ… Korang jangan terkejut tengok keldai kat situ, sebab keldai memang mcm tu. Jgn argue kenapa keldai mcm tu sebab dia memang mcm tu.

Jgn jadi macam Syaf Azhar & Ya πŸ˜…

βœ… Berdekatan dengan Laman Tiba 2 ada Laman Ternakan, Laman Padi dan Laman Perikanan. Ada juga Pony Ride dekat situ.

βœ… Laman Padi ada aktiviti-aktiviti menarik kalau korang sukakan aktiviti sawah. Pertandingan tangkap ikan, badang beras, menampi beras. Pertandingan mewarna kanak-kanak pun ada.

βœ… Kat mana-mana tempat pun diorang akan sediakan aktiviti. Dan paling best setiap aktiviti ada hadiah menarik. Tadi ada abg sorang tu dia menang dan dpt memiliki sebatang pokok durian atas nama dia. Kalau ada hasil, dia dapat pasive income.

Harga letak nama dkt pokok tu RM10k tau. Bukan kaleng-kaleng!

βœ… Kalau masuk daripada Laman Tiba 1, bersedia utk parking jauh. Kalau parking dekat tu pun selalunya penuh. Kalau bernasib baik, dapatlah. Kalau tak, parking je tempat parking besar tu pastu naik bas atau tramp yg disediakan.

βœ… Tramp atau Bas Rapid akan selalu available. Kalau penuh jangan berebut sebab tak sampai 5 minit, akan sampai yg baru.

βœ… Setiap tramp ada route dia, ada tempat persinggahan dia. Ada juga transit utk korang tukar tramp dan pergi ke tempat korang nak tuju. Tanya je abg kakak baju oren tu.

βœ… Jangan tanya rela atau orang-orang yg tak berkenaan dengan MAHA tau. Jadi mcm kitorg nanti, buang masa & sesat πŸ˜‚

βœ… Toilet dan surau bersepah-sepah diorang sediakan. Kalau tak jumpa, tanya je krew MAHA yang pakai baju oren tu.

βœ… Sampai je dekat Laman Tiba 1, lihat depan korang akan ada Foodtruck Festival. Sebelum pagar masuk tu ada juga tempat jual pokok-pokok sebelah luar.

βœ… Kalau nak pergi exhibition tempat teknologi, servis, bisnes dan sebagainya, korang boleh mendaki bukit tu lebih kurang 3 minit pastu sampai dkt Dewan A dulu. Kalau haus lepas mendaki, boleh beli air milo betul-betul depan tu πŸ˜‚

βœ… Psst.. kalau taknak penat mendaki, korang boleh ikut shortcut tau. Kalau daripada pagar masuk tu, korang tengok belah kiri. Ikut je jalan tu sampai ke Dewan D. Masuk ikut Food Empire.

βœ… Dekat Food Empire ni pun banyak makanan. Ada konsep foodtruck, ada juga konsep gerai. Ada satu foodtruck tu dia jual Nasi Tsunami. Tu sedap! Ambil level pedas kaw kaw, menangis tapi sedap.

βœ… Ada fresh oyster, ada nasi ganja, ada pancake krabi, ada macam-macam. Sini agak pricey but worth to try!

βœ… Susunan booth dan dewan kalini agak keliru sedikit. So kalau sedang mencari sesuatu, jgn cepat berpuas hati. Kena round semua dewan dulu tapi dekat-dekat je πŸ˜…

βœ… Daripada Laman Tiba 1 tu, korang jalan depan sedikit akan jumpa Castle of Fruits. Senang cerita syurga buah. Macam-macam buah ada. Baik daripada benih sampailah ke hasil buah. Rambang mata cok kalau jenis makan buah πŸ˜‚

βœ… Berdekatan dengan Laman Tiba 1, ada R&R. Situ ada rawatan islam & berurut. Untuk urut kaki & rawatan mata, diorang bagi PERCUMA je. Yg lain, wallahualam.

βœ… Berlepas daripada Laman Tiba 1 dengan menaiki tramp, dia akan berhenti dekat Miracle Garden dulu. Yang ni kaki selfie atau dak-dak o'od mesti suka. Tempat tu memang cantik sangat susunan bunga-bunga dan hiasan dia!

βœ… Lepastu korang akan sampai Pavilion Negeri. Kat sini best gila untuk korang explore! Setiap Pavilion ada konsep, makanan, persembahan & aktiviti dia.

Hadiah-hadiah pun best!

Tapi ada gak negeri yg buat ala kadar. Sedih & sayang. Ntah lah mungkin diorg ada reason tersendiri.

Aku recommend utk korang explore Pavilion Nismilan. Banyak makanan percuma & meriah. Yang kedua, Perak sebab ada persembahan. Yang ketiga, Kedah sebab ada kopi free dan laman arnab. Boleh beli & murah!

βœ… Daripada Pavilion Negeri, korang boleh cross ikut jambatan. Pastu korang akan jumpa kedai jual ikan laga. Cantik-cantik. Gigih abg tu buat live tiktok tadi sebab dia sorang-sorang menjual dkt situ.

Jalan depan sedikit korang akan jumpa Laman Perikanan. Yang ni tak sempat nak jenguk tadi πŸ˜…

βœ… Basically setiap checkpoint ada tramp dia sendiri mcm aku cakap tadi. Ada A, B, C dan D. Semua ni connect each others tapi kena transit. Kalau korang ada map mcm aku suggest awal tu, korang akan paham setiap laluan tramp tu.

Kalau tengok map tu, ada merah, kuning, hijau dan biru. Tulah laluan tramp. Tapi tulah, instruction tak jelas. Penat explore tadi.

Yang pasti, biru tu kalau tak silap bas rapid. Yang menghubungkan Laman Tiba 1 & Laman Tiba 2.

βœ… Ni tips paling penting. Kalau korang pergi ke MAHA, pakai kasut bersesuaian, pakai baju bersesuaian dgn cuaca ; ada panas ada hujan, bawa payung, bawa beg galas besar kalau korang jenis rambang mata.

Kalau bawa baby tu tak suggest sangatlah, tapi boleh lah kalau nak try. Sebab bagi aku nak naik tramp dgn bas tu dengan bawa stroller bagai macam susah. Tapi boleh try kalau nak.

βœ… Orang ramai tapi jangan risau, tak berhimpit. Sebab tempat dia semua luas-luas. Ramai mcm mana pun tetap tak berlaga bahu.

----------------------------------------------

Amacam? Panjang kan tips kalini? Haha ni semua persediaan utk korang supaya tak penat macam aku penat 2 hari ni explore semua benda dlm keadaan tak tau apa-apa.

Tapi kalau boleh ringan mulut sket masa dekat sana, tanya je dekat krew baju oren tu. InshaAllah diorang membantu.

Yang penting, buat persediaan awal! Goodluck guys, bagi aku MAHA ni memang best gila sebab banyak ilmu & pengalaman aku dapat kat situ.

Tapi atas niat & emosi masing-masing nak terima sesuatu tu macam mana, haha. Adios!

p/s : Kaki aku kurang sakit sebab aku pakai stokin infrared tadi. Main tipu sket 🀣

4.2 49 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
3 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Terbaik... banyak maklumat yg diberi....
SekurangΒ²nya memberi manfaat kepada semua orang

TERBAIK BRO..
SABTU NIH KAWE N FAMILY REPEAT LAGI.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
ADA LAGI TMPT BELUM XPLORE.. MEMANG BEST...!!

Best pulak tips tahun 2022 nie.. Rasa nak pergi.. Tapi tak nak.. Rasa nak pergi.. Tapi tak nak lah.. Tq share info ni πŸ™‚

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram