berbasikal atas awan ! tarikan unik terbaru di gunung jerai yang wajib anda kunjungi ! sky bike view gunung jerai

Berbasikal Atas Awan ! Tarikan Unik Terbaru di Gunung Jerai Yang Wajib Anda Kunjungi !

Dikemas Kini: 15 Disember 2022
Surga Route

Gunung Jerai yang juga dikenali sebagai Puncak Kedah merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman di kawasan bersempadan antara daerah Kuala Muda dan Yan.Tingginya dalam 1,207 meter. 

Kalau anda nak tahu, Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan kawasan berhampiran di Negeri Kedah dan parasnya dikelilingi oleh tanah pertanian padi bendang.

Berbasikal Atas Awan ! Tarikan Unik Terbaru di Gunung Jerai Yang Wajib Anda Kunjungi !

Ia tidak seperti gunung-gunung lain di semenanjung, Sarawak dan Sabah yang selalunya berada di dalam banjaran, Gunung Jerai berada di pesisir pantai, terpisah daripada sistem banjaran Semenanjung Malaysia. Malah gunung Jerai juga dikatakan mampu dilihat oleh bahtera layar/kapal lalu lalang dalam Laut Kedah dan Selat Melaka(pusat berdagang) sejauh 100km. Jarak penglihatan pemerhati pula bergantung kepada keadaan cuaca.

Gunung Jerai juga dikenali sebagai salah satu kawasan pelancongan terkenal di negeri Kedah disebabkan puncak Gunung tersebut membawa pengunjung melihat pemandangan indah jelapang padi kawasan sekitar dan suhu persekitaran yang rendah.

Antara produk pelancongan yang dibangunkan di Gunung Jerai sebelum ini adalah Gunung Jerai Hill Resort dan juga ladang strawberi.

BACA : LADANG STRAWBERI ALA CAMERON HIGHLANDS DI GUNUNG JERAI !

Sekarang lebih menarik sebab ada satu produk pelancongan terbaru di Gunung Jerai. Boleh uji tahap keberanian anda sambil menjamu mata dengan pemandangan memukau dan ditemani bayu lembut.

Berbasikal Atas Awan ! Tarikan Unik Terbaru di Gunung Jerai Yang Wajib Anda Kunjungi ! Sky Bike View Gunung Jerai

Ini adalah Sky Bike View, di mana pengunjung dapat berbasikal dengan melihat pemandangan sawah padi dan Lautan Selat Melaka dari puncak Gunung Jerai. View memang menarik.

Berbasikal Atas Awan ! Tarikan Unik Terbaru di Gunung Jerai Yang Wajib Anda Kunjungi ! Sky Bike View Gunung Jerai

Harga

Harga yang dikenakan hanya RM20.

Alamat

?The Jerai Hill Resort, Jalan Kaki Bukit, Lebuhraya Utara - Selatan, 08300 Gurun, Kedah

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram