Anda Kini Boleh ke Singapura Melalui VTL dari Pulau Pinang Mulai 16 Mac

Anda Boleh ke Singapura Melalui VTL dari Pulau Pinang Mulai 16 Mac

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk memperluaskan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) melalui pengangkutan udara dengan membuka satu lagi laluan baharu membabitkan Pulau Pinang-Singapura mulai 16 Mac depan.

Anda Kini Boleh ke Singapura Melalui VTL dari Pulau Pinang Mulai 16 Mac

Inisiatif tersebut membolehkan pengembara yang telah lengkap vaksinasi melakukan perjalanan ulang-alik bagi laluan Pulau Pinang-Singapura menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan yang telah ditetapkan tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.

Ia juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan ketersambungan pengangkutan udara Malaysia-Singapura, di samping membantu memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara termasuklah sektor pelancongan yang telah terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Anda Kini Boleh ke Singapura Melalui VTL dari Pulau Pinang Mulai 16 Mac

Penerbangan VTL bagi laluan baharu itu akan bermula dengan empat penerbangan sehari yang akan dioperasikan oleh semua syarikat penerbangan Malaysia dan Singapura. Penjualan tiket penerbangan VTL akan dibuka dalam tempoh terdekat.

Butiran lanjut mengenai syarat pra-pelepasan dan kemasukan ke Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di www.imi.gov.my.

Sebagai rekod, inisiatif VTL udara yang bermula bagi laluan antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mencatat sejumlah 82,906 ketibaan pengembara dari Singapura sehingga 28 Februari 2022.


0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram