Boleh 'Terbang' ke Thailand dan Kemboja Melalui VTL Bermula 15 Mac Ini

Bermula 15 Mac ini, anda dah boleh terbang ke Thailand dan Kemboja melalui program Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) baharu yang merupakan sebagai sebahagian daripada usaha bersama ke arah pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Di bawah program ini, pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan memasuki Thailand dan Kemboja tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.

Boleh 'Terbang' ke Thailand dan Kemboja Melalui VTL Bermula 15 Mac Ini
Sumber : Euronews

Bagi Thailand, syarikat penerbangan yang ditetapkan dari kedua-dua negara dibenarkan beroperasi sehingga enam penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Bangkok manakala sehingga empat penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Phuket.

Bagi negara Kemboja, syarikat penerbangan yang ditetapkan dari kedua-dua negara dibenarkan beroperasi sehingga dua (2) penerbangan setiap hari bagi laluan Kuala Lumpur-Phnom Penh.

Boleh 'Terbang' ke Thailand dan Kemboja Melalui VTL Bermula 15 Mac Ini
Sumber : Encyclopedia Britannica

Wee berkata, laluan baharu untuk kedua-dua negara boleh ditambah dari semasa ke semasa tertakluk kepada permintaan pasaran.

Laluan VTL ini akan dikendalikan oleh semua syarikat penerbangan yang ditetapkan di bawah inisiatif VTL.

Prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang berkaitan akan dikeluarkan oleh agensi masing-masing dalam masa terdekat dan pengembara diingatkan supaya mematuhi protokol kesihatan secara bertanggungjawab untuk menikmati kemudahan VTL itu.

Dalam pada itu, kerajaan akan meneruskan perbincangan dengan semua negara jiran ASEAN mengenai pembukaan semula laluan tambahan yang selamat pada masa hadapan mengikut situasi semasa.

0 0 votes
Article Rating
Categories: ,
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
17 May 2022
Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya

Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]

Selanjutnya
13 May 2022
MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal

Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]

Selanjutnya
13 May 2022
Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang¬†dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]

Selanjutnya
12 May 2022
Silverlakes Village Outlet Bakal Dibuka di Batu Gajah, Perak. Hanya 30 Minit Dari Bandaraya Ipoh !

Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]

Selanjutnya
12 May 2022
Kafe Belibis Tawar Pengalaman Unik Makan Dalam Koc Keretapi di Pekan, Pahang

Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram