Buffet di Restoran Rebung Milik Chef Ismail & Sheikh Muszaphar Serendah RM18 !
Surga Route
|
5 March 2022
Kalau nak makan banyak-banyak hidangan Melayu asli di tengah Kuala Lumpur boleh datang ke Restoran Rebung Chef Ismail yang dimiliki bersama chef selebriti Dato' Chef Ismail dan Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan angkasawan pertama negara.
Kalau pergi hotel pun tak dapat buffet makanan melayu asli, dengan harga berpatutan pula. oleh makan sampai pengsan ya, cuma jangan membazir. Allah marah .
Untuk sarapan pagi, hanya RM21.20 bagi dewasa & RM 18.00 untuk kanak-kanak. Buffet ini hanya diadakan pada hujung minggu sahaja, bermula jam 8:00 pagi sehingga 10:00 pagi.
Antara menu dihidangkan pada sarapan pagi adalah set nasi lemak, nasi goreng, mee/ kuey teow/bihun goreng, lontong, roti canai & dalca sayur, aneka kuih, ayam goreng berempah, sambal sotong kembang, telur mata, paru goreng, teh tarik, kopi o kampung.
Untuk buffet makan tengahari pula disediakan pada setiap hari bermula jam 11:30 pagi sehingga 4 petang. Bayaran yang dikenakan adalah RM50 bagi dewasa, dan RM 35 bagi kanak-kanak.
Antara menunya adalah laksa penang, aneka mee berkuah, sup tulang, popiah basah, rojak buah, tauhu sumbat, pecal & kuah kacang, pisang goreng bersama sambal kicap, cucur bawang dengan sos istimewa, keropok lekor, roti jala dengan dalca sayur, ubi rebus dengan kelapa parut,, onde-onde, pulut kuning.
Ada juga menu sampingan seperti terung sambal, bergedil, tempoyak daun, ikan masin goreng, telur masin, sambal terung, ikan goreng, paru goreng berlada, tempe sambal jawa dan pelbagai lagi.
Boleh pula cuci mulut dengan aneka kuih melayu, pengat pisang, aneka bubur, pulut durian, dodol, wajik.
Buffet makan malam pula diadakan pada setiap Jumaat & Sabtu sahaja, bermula jam 6:30 petang sehingga 9:30 malam. Bayaran adalah RM70 bagi dewasa & RM50 bagi kanak-kanak.
Antara yang istimewa pada waktu malam adalah ada grilled lamb chop, grilled chicken, satay ayam & yong tau foo.
Kanak-kanak dikira bermula daripada umur 5 sehingga 11 tahun ya. Atas daripada tu dikira dewasa. Berikut merupakan senarai penuh harga dan menu di restoran ini.
Restoran ini juga menyediakan kemudahan tandas, surau, taman yang selesa dan ruang makan tertutup. Boleh nak bawa kumpulan makan bersama. Yang penting buat tempahan dahulu dan sudah lengkap vaksin.
Lokasi
📍Restoran Rebung Dato' Chef Ismail, 5-2 Cascade Parking Bukit Aman, 1, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur
Sebelum ini kami pernah siarkan berkenaan insiden penghawa dingin yang tidak dapat dihidupkan dalam kabin pesawat milik Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) dengan nombor penerbangan MH2710 yang sepatutnya membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada 8 Mei lalu. BACA : Dibiar Kepanasan Dalam Pesawat Hampir 1 Jam, Penumpang Malaysia Airlines Kecewa 'Aircond' Tidak Berfungsi […]
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]