Tarikan Pelancongan Bukit St Paul Dikembalikan Kepada Nama Asal Bukit Melaka

Tag:
Dikemas Kini: 5 Mac 2022
Surga Route
Tarikan Pelancongan Bukit St.Paul Dikembalikan Kepada Nama Asal Bukit Melaka
Bukit St.Paul yang kini dikenali sebagai Bukit Melaka. Kredit : JomJalan

Jika anda ke Banda Hilir Melaka, pasti salah satu destinasi yang dikunjungi adalah Bukit St Paul yang terletak berdekatan bangunan ikonik Stadthuys.

Kini, Bukit St Paul telah ditukar nama, kembali kepada nama asalnya iaitu Bukit Melaka. Papan tanda juga sudah dipasang sebagai tanda pengenalan kepada penduduk dan pelancong bahawa kawasan tersebut kini dikenali sebagai Bukit Melaka.

Tarikan Pelancongan Bukit St.Paul Dikembalikan Kepada Nama Asal Bukit Melaka

Sebagai info, Nama asal bukit tersebut sememangnya Bukit Melaka yang dinamakan sewaktu kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Namun apabila zaman penjajah, nama tersebut telah ditukar memandangkan ia terletak berdekatan gereja St Paul.

Tarikan Pelancongan Bukit St.Paul Dikembalikan Kepada Nama Asal Bukit Melaka
Gereja St.Paul

Pelbagai pihak sebelum ini mengemukakan cadangan kepada Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) agar menukar nama asal Bukit St Paul ke Bukit Melaka yang digunakan sewaktu Kesultanan Melayu Melaka dahulu namun pada masa yang sama turut dibantah oleh kumpulan lain yang beranggapan penukaran nama itu akan menjejaskan lokasi atau kedudukan gereja St Paul di situ.

Namun, kini penukaran nama telah dilakukan dan tiada apa-apa yang berlaku. Diberitakan Perzim telah melengkapkan kertas kerja bagi menukar kepada nama asal Bukit Melaka dan tindakan kelulusan kerajaan negeri nanti.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram