butik tudung paling mewah di dunia ada di malaysia, bernilai rm2.5 juta bawal exclusive crystal world

Butik Tudung Paling Mewah di Dunia Ada di Malaysia, Bernilai RM2.5 Juta

Tag:
Dikemas Kini: 5 Oktober 2022
Surga Route

Dah setahun buka, baru kami tahu kewujudan satu butik tudung paling mewah di dunia bertempat di Puchong, Selangor.

Butik Tudung Paling Mewah di Dunia Ada di Malaysia, Bernilai RM2.5 Juta
Kredit Gambar :  MUHAMAD BAIHAQI | A' Design Award & Competition

Ini adalah Crystal World Bawal Exclusive, sebuah butik tudung bernilai RM2.5 Juta. Kira-kira 100,000 butir batu kristal Swarovski di diletakkan dalam hiasan dalaman butik ini. Ia bukan sahaja bersinar tetapi memberikan pengalaman baharu buat sesiapa sahaja melangkah masuk ke dalamnya.

Butik Tudung Paling Mewah di Dunia Ada di Malaysia, Bernilai RM2.5 Juta Bawal Exclusive Crystal World
Kredit Gambar :  MUHAMAD BAIHAQI | A' Design Award & Competition

Butik tudung mewah ini mempamerkan tudung bernilai RM10,000 hingga RM113,000.

Butik Tudung Paling Mewah di Dunia Ada di Malaysia, Bernilai RM2.5 Juta Bawal Exclusive Crystal World
Kredit Gambar :  MUHAMAD BAIHAQI | A' Design Award & Competition

Pemilik butik bertahtahkan kristal Swarovski ini, Puan Haliza Masyuri, mendapat ilham untuk menghasilkan butik seperti ini selepas beliau menghadiri ulang tahun Swarovskri yang ke-125 yang berlangsung di Wattens, Austria.

Butik Tudung Paling Mewah di Dunia Ada di Malaysia, Bernilai RM2.5 Juta Bawal Exclusive Crystal World

"Pancaran kristal Swarovski yang bermula dengan sebutir telah menghasilkan pancaran laser yang menyerlahkan lagi setiap butiran kristal yang berada di dalam dewan tersebut.

Butik Tudung Paling Mewah di Dunia Ada di Malaysia, Bernilai RM2.5 Juta Bawal Exclusive Crystal World
Kredit Gambar :  MUHAMAD BAIHAQI | A' Design Award & Competition

"Sejak itu saya menanam impian dan berjanji akan membawa kenangan itu ke Malaysia dan pembinaan Crystal World Bawal Exclusive ini juga untuk membuktikan kepada masyarakat di luar sana bahawa sebagai seorang wanita Muslim yang bermula dari bawah juga mampu berjaya," katanya.

Butik Tudung Paling Mewah di Dunia Ada di Malaysia, Bernilai RM2.5 Juta Bawal Exclusive Crystal World
Kredit Gambar :  MUHAMAD BAIHAQI | A' Design Award & Competition

Tambahnya, ini juga membuktikan rakyat Malaysia juga sebenarnya mampu berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa.

Butik Tudung Paling Mewah di Dunia Ada di Malaysia, Bernilai RM2.5 Juta Bawal Exclusive Crystal World
Kredit Gambar : mstar

Fakta berkenaan Crystal World Bawal Exclusive :

1. Butik berkenaan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan yang menelan belanja RM2.5 juta.

2. Sebanyak 100,000 kristal Swarovski menghiasi butik itu yang ditempah khas dari Austria.

3. Tudung bernilai RM100,000 yang pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebelum ini turut dipamerkan di dalam butik namun bukan untuk dijual.

4. Beberapa pengawal peribadi ditugaskan mengawal pintu masuk butik itu selama 24 jam.

5. Crystal World Bawal Exclusive hanya menjual dan mempamerkan tudung bernilai RM10,000 hingga RM113,000 sesuai dengan aspirasinya untuk mewujudkan butik tudung paling mewah di dunia.

6. Butik itu tidak dibuka kepada umum, sebaliknya pelanggan perlu membuat temu janji terlebih dahulu

7. Setiap tempahan tudung secara eksklusif di Crystal World Exclusive turut mendapat sesi rundingan dan nasihat daripada pereka Swarovski.

8. Setiap tudung eksklusif yang dipamerkan di dalam butik ditempatkan dalam kotak berkaca dengan ciri keselamatan.

Butik Tudung Paling Mewah di Dunia Ada di Malaysia, Bernilai RM2.5 Juta Bawal Exclusive Crystal World
Kredit Gambar : mstar
bawal exclusive Butik Tudung Paling Mewah di Dunia Ada di Malaysia, Bernilai RM2.5 Juta Bawal Exclusive Crystal World
0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram