Cadangan Itinerari 4H3M Lihat Biru Laut di Semporna, Sabah
Surga Route
|
3 March 2022
Salah satu destinasi terbaik untuk melihat biru laut di Malaysia sudah pastinya Semporna, Sabah.
Sebabnya disini bukan hanya ada satu kawasan atau pulau yang cantik, tetapi banyak ! Memang jimat bila datang ke sini, boleh menjelajah ke macam-macam pulau sekaligus.
Tapi, kalau dah banyak pula tempat nak perginya, jadi keliru la pulak. Berapa hari nak pergi, nak pergi ke mana dulu, berapa hari yang cukup untuk cover semua tempat tu kan ?
Ha, meh sini kami cadangkan kepada anda itinerari melancong ke Semporna, Sabah selama 4 hari 3 malam. (4H3M)
Hari Pertama (Hari 1)
Naik penerbangan dan mendarat di Lapangan Terbang Tawau. Boleh ambil flight pagi dari Kuala Lumpur. Jadi, akan sampai waktu tengahari.
Makan Tengahari Dahulu di Pekan Tawau disebabkan Semporna jauh lagi. Kami cadangkan untuk makan di House of Nasi Kuning Tawau Restoran Haji Tamrin
Ziarah & Solat di Masjid Al Khauthar, Tawau
Bergerak menuju ke Semporna. Perjalanan 81 Kilometer memakan masa 1 jam sehingga 1 jam 45 minit bergantung kepada pemanduan dan jenis kenderaan dinaiki.
Check in di Pekan Semporna
Boleh jalan-jalan Bukit Tengkorak, Tampi-Tampi
Masjid Al-Khauthar, Tawau
Hari Kedua (Hari 2)
Sarapan
Bersiap dan gerak ke Jeti Umum
Aktiviti Island Hopping ke Pulai Mabul (Jalan-Jalan dan Snorkeling) dan Kapalai)
Jalan-Jalan ke Mabul Water Bungalow Resort (Bayaran RM30 Seorang. Semak disini)
Pulang & check-in di penginapan atas air
Makan malam, rehat dan aktiviti bebas
Mabul Water Bungalow Resort
Hari Ketiga (Hari 3)
Sarapan
Island Hopping di Bohey Dulang (kena hiking 700m), Mantabuan (snorkeling) dan Sibuan (snorkeling)
Pulang ke penginapan
Makan malam, rehat dan aktiviti bebas
Bohey Dulang
Hari Keempat (Hari 4)
Sarapan
Island Hopping ke Timba-Timba (Bergambar di Pasir Panjang dan Snorkeling), Mataking (snorkeling) dan Pom-Pom (snorkeling)
Pulang ke Penginapan & Check-Out
Bergerak menuju ke Lapangan Terbang di Tawau
Timba-Timba (Kredit : Patrick.Par)
Tips Travel ke Semporna
Ambil penerbangan pergi seawal yang mungkin pada pagi dan ambil penerbangan pulang pada lewat petang. Jadi boleh maximize masa berada di Semporna
Untuk jimat boleh pilih penginapan bajet di pekan Semporna (atas darat) berbanding penginapan atas air.
Pilih pakaian berwarna cerah seperti kuning, merah. Elak pakaian warna biru atau hijau. Nanti OOTD tak ngam dan tenggelam dengan landskap sekeliling
Pulau di Semporna dibuka sepanjang tahun. Tak macam di Semenanjung yang selalunya tutup pada hujung tahun disebabkan angin monsun. Jadi, jangan risau. Boleh plan ke Semporna bila-bila masa sahaja.
Bawa baju yang sesuai sebab banyak aktiviti air dan ada tempat perlu hiking.
Tempah penginapan, pengangkutan dengan perkhidmatan agen pelancongan berlesen dan dipercayai
Buat tempahan awal sebelum datang ke Semporna
Tempah tiket penerbangan seawal mungkin untuk elakkan harga tiket melambung.
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]
Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]