Cafe Chef Wan Buka Cawangan Ke-2 di Melaka. TTDI Bakal Menyusul !

Tag:
Dikemas Kini: 5 Mac 2022
Surga Route

Wah, nampaknya Cafe Chef Wan betul-betul mendapat sambutan. Selepas kejayaan Cafe yang pertama di KL East Mall, Chef Wan telah membuka satu lagi cawangan kafe beliau, kali ini di Melaka.

Cafe Chef Wan ini tidak sama dan mempunyai konsep berbeza berbanding restoran De.Wan 1958 milik beliau yang mempunyai cawangan di Bangi Golf Resort dan juga The Linc, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Cafe Chef Wan Buka Cawangan Ke-2 di Melaka. TTDI Bakal Menyusul !

De.Wan 1958 lebih memfokukan kepada hidangan dan sajian-sajian melayu dan tempatan serta beberapa hidangan fusion yang berat.

Manakala, Cafe ini adalah salah satu usaha Chef Wan berkongsi kecintaannya terhadap masakan dan juga pengalaman beliau mempelajari mengenai pelbagai jenis hidangan seantero dunia.

Di Cafe Chef Wan anda boleh temui pelbagai hidangan antarabangsa diilhamkan oleh pengembaraan Chef Wan.

Bukan sahaja rasa hidangan yang lazat mengikut resepi chef selebriti ini, tetapi dekorasi kafe ini juga sangat cantik dan instagrammable.

Dengar kata, nanti baru Chef Wan buka cawangan di TTDI. Jadi, orang Melaka kira bertuah juga boleh rasa resepi daripada chef terkenal ini ! Lebih awal dari ramai orang Lembah Klang

Lokasi

? Cafe Chef Wan, Lot No. GF-19 The Shore Shopping Gallery 193 Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram