lrt ke dataran merdeka

Cara ke Dataran Merdeka Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Menggunakan Pengangkutan Awam

Tag:
Dikemas Kini: 30 Ogos 2022
Surga Route

Ramai dah tahu sambutan Hari Kebangsaan ke-65 tahun ini bakal diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Di aplikasi TikTok, ribuan video-video raptai perbarisan telah dimuatnaik yang menyuntik semangat ramai rakyat Malaysia untuk sama-sama turun memeriahkan sambutan hari kebangsaan nanti.

Untuk anda yang merancang untuk ke Dataran Merdeka menggunakan pengangkutan awam, disini kami sediakan cara untuk ke Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.

Menaiki Pengangkutan Awam

Walaupun pada hari kebiasaan tren LRT& MRT beroperasi pada jam 6 pagi, namun untuk hari kebangsaan pada 31 Ogos nanti, perkhidmatan RapidKL iaitu LRT,MRT, monorel serta bas bakal memulakan operasi seawal jam 4:30 pagi.

Tips Menyambut Hari Kebangsaan ke-65 Secara Langsung di Dataran Merdeka

Stesen LRT Paling Hampir Dengan Dataran Merdeka

Jika anda menaiki tren LRT Laluan Kelana Jaya, anda boleh berhenti di stesen LRT Masjid Jamek ataupun Pasar Seni. Manakala jika anda menaiki LRT Laluan Ampang/Putra Heights , anda boleh berhenti di stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya. Manakala jika anda menaiki MRT, anda perlu berhenti di stesen MRT Pasar Seni.

Stesen yang paling hampir dengan Dataran Merdeka adalah Stesen LRT Masjid Jamek. Manakala, stesen Pasar Seni dan Stesen Bandaraya memerlukan anda untuk peruntukkan masa kira-kira 5-7 minit untuk berjalan.

Kekerapan Tren Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos

Cara ke Dataran Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam

Kekerapan tren juga akan ditambah mengikut keperluan semasa operasi. Mungkin anda juga boleh menaiki bas perantara dari kawasan perumahan anda ke stesen LRT terdekat. Berikut adalah laluan bas perantara RapidKL.

Laluan Bas RapidKL

Cara ke Dataran Merdeka Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Menggunakan Pengangkutan Awam
Cara ke Dataran Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam
Cara ke Dataran Merdeka Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Menggunakan Pengangkutan Awam
Tips Menyambut Hari Kebangsaan ke-65 Secara Langsung di Dataran Merdeka
Tips Menyambut Hari Kebangsaan ke-65 Secara Langsung di Dataran Merdeka

Tren KTM Komuter Juga Ditambah Sempena Hari Kebangsaan

Bukan sahaja perkhidmatan RapidKL, malah perkhidmatan KTM Komuter juga bakal dimulakan seawal jam 4:35 pagi bagi laluan tertentu pada 31 Ogos nanti. JIka anda menggunakan perkhidmatan komuter, anda boleh turun di stesen Kuala Lumpur, atau Bank Negara

image 25 177
0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram