cara ke dataran merdeka pengangkutan awam kereta

Cara ke Dataran Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam

Tag:
Dikemas Kini: 30 Ogos 2022
Surga Route

Ramai dah tahu sambutan Hari Kebangsaan ke-65 tahun ini bakal diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Di aplikasi TikTok, ribuan video-video raptai perbarisan telah dimuatnaik yang menyuntik semangat ramai rakyat Malaysia untuk sama-sama turun memeriahkan sambutan hari kebangsaan nanti.

Untuk anda yang merancang untuk ke Dataran Merdeka dan masih keliru untuk menaiki pengangkutan awam atau membawa kenderaan sendiri, disini kami sediakan cara untuk ke Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini.

Bawa Kenderaan Sendiri

Jika anda membawa kenderaan sendiri, anda harus ingat terdapat 18 jalan utama ditutup dan dilencongkan pada 31 Ogos 2022 nanti. Kalau nak tahu senarai jalan yang ditutup boleh baca ini :

BACA : 18 JALAN DITUTUP SEMPENA HARI KEBANGSAAN INI SENARAINYA !

Tips Menyambut Hari Kebangsaan ke-65 Secara Langsung di Dataran Merdeka

Jadi, peruntukkan lebihan masa sebagai persiapan jika anda terpaksa berputar semula atau melakukan lencongan.

Untuk tapak meletak kenderaan, ada beberapa tempat yang telah dikenal pasti oleh PDRM sebagai lokasi sesuai untuk meletakkan kenderaan anda, bagaimanapun anda kena ingat jumlahnya terhad. Lokasi tersebut adalah :

  1.  Jalan Tanglin
  2. Parkir Awam Hadapan Klinik Kesihatan Tanglin
  3. Parkir Awam Hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi
  4. Sekitar Masjid India (Parkir Awam di Sekitar Jalan Munshi Abdullah)
  5. Jalan Sultan Salahuddin
  6. Parkir Bertingkat Hadapan Bukit Aman

Melihat kepada senarai tempat meletak kenderaan ini, bagi kami hanya parkir awam di Jalan Tanglin, Klinik Kesihatan Tanglin dan sekitar Masjid India sahaja yang benar-benar berdekatan dengan Dataran Merdeka.

Tempat meletak kenderaan yang lain terletak agak jauh dan memerlukan anda untuk berjalan kaki lebih lama. Jadi, kami rasa mungkin anda patut memilih pilihan yang lagi satu, iaitu menaiki pengangkutan awam. Caranya seperti di bawah

Menaiki Pengangkutan Awam

Walaupun pada hari kebiasaan tren LRT& MRT beroperasi pada jam 6 pagi, namun untuk hari kebangsaan pada 31 Ogos nanti, perkhidmatan RapidKL iaitu LRT,MRT, monorel serta bas bakal memulakan operasi seawal jam 4:30 pagi.

Tips Menyambut Hari Kebangsaan ke-65 Secara Langsung di Dataran Merdeka

Jika anda menaiki tren LRT Laluan Kelana Jaya, anda boleh berhenti di stesen LRT Masjid Jamek ataupun Pasar Seni. Manakala jika anda menaiki LRT Laluan Ampang/Putra Heights , anda boleh berhenti di stesen Masjid Jamek dan Stesen Bandaraya. Manakala jika anda menaiki MRT, anda perlu berhenti di stesen MRT Pasar Seni.

Stesen yang paling hampir dengan Dataran Merdeka adalah Stesen LRT Masjid Jamek. Manakala, stesen Pasar Seni dan Stesen Bandaraya memerlukan anda untuk peruntukkan masa kira-kira 5-7 minit untuk berjalan.

Cara ke Dataran Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam

Kekerapan tren juga akan ditambah mengikut keperluan semasa operasi. Mungkin anda juga boleh menaiki bas perantara dari kawasan perumahan anda ke stesen LRT terdekat. Berikut adalah laluan bas perantara RapidKL.

Cara ke Dataran Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam
Cara ke Dataran Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam
Cara ke Dataran Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam
Tips Menyambut Hari Kebangsaan ke-65 Secara Langsung di Dataran Merdeka
Tips Menyambut Hari Kebangsaan ke-65 Secara Langsung di Dataran Merdeka

Bukan sahaja perkhidmatan RapidKL, malah perkhidmatan KTM Komuter juga bakal dimulakan seawal jam 4:35 pagi bagi laluan tertentu pada 31 Ogos nanti.

image 25 177
5 2 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram