cara ke maha 2022 kenderaan sendiri vs pengangkutan awam

Cara ke MAHA 2022 : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam

Dikemas Kini: 13 Ogos 2022
Surga Route

MAHA 2022 yang diadakan di MAEPS Serdang terletak berdekatan dengan kawasan pembangunan utama negara Malaysia seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Universiti Putra Malaysia. Anggaran jarak dari MAPES ke pelbagai tempat seperti berikut:

  • Pusat Bandar Kuala Lumpur = 30 km
  • Putrajaya = 11 km
  • Cyberjaya = 16 km
  • UPM = 4 km
  • Seri Kembangan = 11 km
  • Kajang = 13 km

Kali ini kami kongsikan cara-cara ke tapak MAHA 2022 dengan menggunakan kenderaan sendiri dan juga pengangkutan awam.

Kenderaan Sendiri

MAHA 2022 diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia | Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Boleh 'search' saja MAEPS di Google Maps, Waze atau apa sahaja aplikasi navigasi anda.

Kalau tak mahu, boleh klik terus pautan ini untuk dapatkan lokasi : https://goo.gl/maps/6xGG4HWwT2C7akB77

Koordinat GPS adalah : 2° 58′ 45.80″ N 101° 41′ 51.52″ E.

Secara umumnya, MAEPS Serdang mempunyai 2 pintu masuk utama iaitu pintu masuk 1 dan juga pintu 2.

Dari Arah Kuala Lumpur

Jika anda datang dari arah Kuala Lumpur, jaraknya adalah sekitar 30 Kilometer. Ambil susur keluar menuju ke Hospital Serdang dari Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Cara ke MAHA 2022 : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam

Dari Arah Puchong

Cara ke MAHA 2022 : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam

Dari Arah Kajang & Bangi

Cara ke MAHA 2022 : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam

Letakkan Kenderaan

Rujuk Peta MAHA 2022 yang disertakan, ada 2 kawasan letak kenderaan. Pertama sekali adalah dari UPM/ Hospital Serdang. Yang itu, anda akan sampai ke Laman Tiba 1 (LT1) . Satu lagi pintu masuk adalah direct dari Lebuhraya SKVE. Yang ni anda akan sampai di Laman Tiba 2 (LT2).

Peta MAHA 2022
Peta MAHA 2022

Di LT1 ada 5,000 lot letak kereta. Lebih luas dari LT2. Kalau anda mahu membeli makanan dan nak 'aircond' terlebih dahulu, boleh meletakkan kereta disini kerana anda akan tiba di ruang pameran dalam dewan dahulu sebaik sampai di LT1. Jualan makanan, produk IKS, banyaknya tertumpu di kawasan sini ya.

Tetapi, kalau anda mahu membeli pokok-pokok ataupun mahu berjalan-jalan ke Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan, Laman Nenas, Laman Padi dan macam-macam pameran 'outdoor', anda boleh parkir di LT2. Disini ada 3,500 lot letak kereta.

Masuk melalui LT2 tak ada makanan ker? Ada juga satu 'Food Festival', tetapi lebih banyak pameran 'outdoor' seperti yang disebutkan tadi.

Tetapi, kedua-dua kawasan letak kenderaan ini ada Pros N Cons yaa. LT1 lebih luas dan cepat sebab laluan masuk ada 3 lorong manakala LT2 hanya ada 1 lorong. Jadi 'bottleneck' sikit.

Lagi satu parking di LT1 lebih luas dari LT2. Jadi, lebih banyak peluang untuk parking. Tapi kemungkinan anda perlu parking jauh lah sebab tapaknya luas sangat. Tapi jangan risau sebab akan ada 'tram' yang bawa anda ke tapak pameran. Nanti kami cerita lagi berkenaan tram ini ya.

Nak masuk parking, hanya kad Touch N Go saja diterima dengan kadar bayaran RM5. Jadi, pastikan baki kad Touch N Go anda cukup dan dikeluarkan siap-siap supaya memudahkan orang belakang.

Kalau anda parking di bahu jalan atau mana-mana tempat lain tu belakang kira la ya.

Dah lepas 'parking' tu, jangan lupa ambil gambar kenderaan anda dan kawasan sekeliling supaya tak sesat dan boleh ke kenderaan dengan selamat. Tak adalah masuk pintu lain, balik pintu lain. Last-last tak jumpa kereta.

Menggunakan Pengangkutan Awam

Terdapat beberapa stesen pengangkutan awam yang terletak berhampiran MAEPS Serdang. Stesen-stesen tersebut adalah Stesen LRT Sungai Besi, hub pengangkutan Putrajaya Sentral, Stesen KTM Serdang, dan juga MRT Kajang.

Cara ke MAHA 2022 : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam
Cara ke MAHA 2022 : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam
Cara ke MAHA 2022 : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam
Cara ke MAHA 2022 : Kenderaan Sendiri VS Pengangkutan Awam

Untuk ke MAHA 2022, anda boleh berhenti di stesen-stesen seperti disebutkan, kemudian mengambil perkhidmatan E-Hailing sebagai mod pengangkutan terakhir. Bagaimanapun, bersempena MAHA 2022, terdapat juga perkhidmatan bas/shuttle percuma disediakan.

Bas/shuttle percuma tersebut menghubungkan Putrajaya Sentral & KTM Serdang ke tapak pameran MAHA 2022 dan juga pulang semula ke stesen. Kekerapan bas percuma ini adalah 1 jam.

Walaupun masa menunggu yang diperlukan adalah lama iaitu 1 jam, namun menggunakan perkhidmatan bas percuma ini memberi kelebihan kerana pengunjung tidak perlu menghadapi kesesakan, serta meletakkan kenderaan di tempat yang jauh dan juga dapat jimat kos letak kenderaan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram