pengangkutan awam ke maha 2022

Cara ke MAHA 2022 Melalui Pengangkutan Awam

Tag:
Dikemas Kini: 12 Ogos 2022
Surga Route

MAHA 2022 yang diadakan di MAEPS Serdang terletak berdekatan dengan kawasan pembangunan utama negara Malaysia seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Universiti Putra Malaysia. Anggaran jarak dari MAPES ke pelbagai tempat seperti berikut:

  • Pusat Bandar Kuala Lumpur = 30 km
  • Putrajaya = 11 km
  • Cyberjaya = 16 km
  • UPM = 4 km
  • Seri Kembangan = 11 km
  • Kajang = 13 km

Kiranya strategik juga MAEPS Serdang ini. Tetapi, jarak tersebut adalah dengan menggunakan kenderaan sendiri seperti kereta dan juga motosikal. Bagaimana pula jika menaiki pengangkutan awam? Adakah MAEPS dapat diakses melalui pengangkutan awam? Apakah stesen pengangkutan awam yang paling dekat dengan MAEPS Serdang ?

Cara ke MAHA 2022 Melalui Pengangkutan Awam

Terdapat beberapa stesen pengangkutan awam yang terletak berhampiran MAEPS Serdang. Stesen-stesen tersebut adalah Stesen LRT Sungai Besi, hub pengangkutan Putrajaya Sentral, Stesen KTM Serdang, dan juga MRT Kajang.

image 12
image 10
image 11
image 13

Untuk ke MAHA 2022, anda boleh berhenti di stesen-stesen seperti disebutkan, kemudian mengambil perkhidmatan E-Hailing sebagai mod pengangkutan terakhir. Bagaimanapun, bersempena MAHA 2022, terdapat juga perkhidmatan bas/shuttle percuma disediakan.

Bas/shuttle percuma tersebut menghubungkan Putrajaya Sentral & KTM Serdang ke tapak pameran MAHA 2022 dan juga pulang semula ke stesen. Kekerapan bas percuma ini adalah 1 jam.

Walaupun masa menunggu yang diperlukan adalah lama iaitu 1 jam, namun menggunakan perkhidmatan bas percuma ini memberi kelebihan kerana pengunjung tidak perlu menghadapi kesesakan, serta meletakkan kenderaan di tempat yang jauh dan juga dapat jimat kos letak kenderaan.

5 1 vote
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram