Dah Boleh ke Thailand Mulai 1 April ! Ini 5 Syarat Masuk Yang Anda Perlu Tahu
Surga Route
|
31 March 2022
Bermula 1 April 2022 ini, 2 pintu sempadan darat Malaysia-Thailand akan dibuka melalui program 'Test & Go'. 2 Pintu sempadan yang dimaksudkan adalah Sadao (wilayah Songkhla)-Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Wang Prachan (Satun)-Wang Kelian (Perlis).
Yak Yak Yeay ! Boleh makan-makan di Dannok,mandi pantai di Krabi & Phuket, atau bersiar-siar di Bandaraya Bangkok.
Tapi, jangan lupa ya. Untuk masuk ke Thailand bermula 1 April ini tetap tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Thailand bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pelancong serta penduduk tempatan sentiasa terpelihara ya.
Menerima Vaksin Lengkap
Pertama sekali, anda perlu mendapatkan dos vaksin yang lengkap dan diakui. Ini memang wajib lah, kalau tak nak ke Thailand pun memang kena vaksin juga. Kalau ada 'booster' lagi bagus hehe.
Memohon 'Pas Thailand'
Semua pelancong yang bakal memasuki melalui pintu sempadan darat di bawah program ‘Test & Go’ perlu memohon - ‘Pas Thailand’ secara dalam talian sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum perjalanan. Maklumat lanjut berkenaan dengan Pas Thailand, anda boleh rujuk disini
Tempahan Hotel
Pelancong perlu membuat tempahan awal di hotel yang ditetapkan. Tak boleh bagi alasan nak 'walk-in' di hotel-hotel tertentu ya
Ujian Pengesanan COVID-19
Walaupun ppelancong antarabangsa yang lengkap vaksinasi tidak perlu sertakan ujian Covid-19, 72 jam sebelum perjalanan ke Thailand tetapi ujian RT-PCR masih lagi perlu dilakukan pada hari pertama ketibaan dan ujian antigen kendiri pada hari kelima.
Insurans
Kalau dulu mesti ramai pergi ke Thailand tanpa apa-apa insurans, tetapi sekarang tak boleh tau. Maklumlah, musim endemik ini kan. Jadi, pelancong perlu mendapatkan insurans perubatan atau perlindungan dengan jumlah biayaan minima sebanyak US$20,000 atau RM 86,500
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]
Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]
[…] ini kami dah pernah tuliskan mengenai tatacara kemasukan ke Thailand selepas sempadan negara itu dibuka semula pasca pandemik […]