image 48

Dah Boleh Travel ke New Zealand. Ini Yang Anda Perlu Tahu

Tag:
Dikemas Kini: 4 Ogos 2022
Surga Route

Pada 1 Ogos baru ini, New Zealand mengumumkan sempadannya dibuka sepenuhnya buat kali pertama sejak Mac 2020.

Bagi warga New Zealand, sempadan mula dibuka semula pada Februari 2022, dan sekatan telah dilonggarkan secara beransur-ansur. Diikuti Mei tahun ini, negara itu mula mengalu-alukan pelancong dari lebih 50 negara dalam senarai pengecualian visa.

Dah Boleh Travel ke New Zealand. Ini Yang Anda Perlu Tahu
Kredit : Encyclopedia Britennica

Mulai 1 Ogos 2022, pegawai imigresen New Zealand kini telah menerima semula pengembara yang memegang visa dan mereka yang mempunyai visa pelajar.

Ia adalah "peluang yang besar," menurut Perdana Menteri Jacinda Ardern, yang juga menyatakan bahawa ia adalah "proses berhati-hati."

Dah Boleh Travel ke New Zealand. Ini Yang Anda Perlu Tahu

Tiada peraturan kuarantin, walaupun kebanyakan pelawat masih perlu diberi vaksin sepenuhnya. Sempadan marin negara juga telah kembali dibuka, membolehkan kapal pesiaran dan kapal layar rekreasi asing berlabuh.

Apa Yang Rakyat Malaysia Perlu Sebelum ke New Zealand

Menurusi halaman maklumat Covid kerajaan New Zealand, pelawat Malaysia dikehendaki memberikan bukti vaksinasi untuk masuk ke New Zealand, dengan sijil vaksinasi elektronik dan kad fizikal boleh diterima.

Dah Boleh Travel ke New Zealand. Ini Yang Anda Perlu Tahu

Pengembara juga perlu melakukan ujian antigen pantas pada tarikh ketibaan mereka - walaupun tidak perlu semasa tiba di lapangan terbang - dan yang kedua pada hari kelima atau keenam perjalanan mereka, menurut Kementerian Kesihatan New Zealand.

Sama seperti Malaysia, pelitup muka tidak diperlukan di kawasan terbuka di New Zealand, tetapi ia diperlukan di dalam rumah, seperti di muzium, pasar raya dan farmasi.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram