datum jelatek

Datum Jelatek, Kompleks Beli-Belah Terbaru di Kuala Lumpur !

Tag:
Dikemas Kini: 26 November 2022
Surga Route

Datum Jelatek adalah sebuah pembangunan bercampur 712 unit pangsapuri dengan pelbagai fasiliti  moden serta pusat beli-belah di atas podium setinggi tiga tingkat  siap dibina sepenuhnya pada awal tahun ini.

Bakal memulakan operasi pada Sabtu, 26 November ini, dari 10 pagi hingga 10 malam. pusat beli-belah Datum Jelatek pasti bakal menjadi satu lagi tarikan buat warga kota yang mahu bersantai dalam suasana berbeza.

Datum Jelatek, Kompleks Beli-Belah Terbaru di Kuala Lumpur !

Terletak di lokasi strategik dengan kemudahan transit aliran ringan (LRT),  pusat beli-belah Datum Jelatek menawarkan pelbagai jenama serta ruang beli-belah yang cukup selesa.

Pelbagai barangan keperluan harian, produk berjenama dan medan selera ada di pusat beli-belah Datum Jelatek menjadikan urusan warga kota lebih pantas dan mudah kerana segalanya tersedia di bawah satu bumbung.

Antara jenama besar yang menjadi tumpuan bagi barangan keperluan adalah The Food Merchant dan lebih menarik lagi pusat beli-belah Datum Jelatek menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records sebagai pasar raya pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Troli Valet.

Datum Jelatek, Kompleks Beli-Belah Terbaru di Kuala Lumpur !

Selain itu pelbagai jenama lain juga bakal menjadi tumpuan bagi keperluan masyarakat setempat antaranya Easytech , Digi, Samsug,SEN Q, Guardian, Healthlane, Nur Shop, Nur Grocer, Loud Speaker, PISB, SACC Premier Hall, Bounce Kids World, Krispy Kreme, Hot & Roll, LLAO LLAO, United Optometry, OC, Express Beauty Bar, Lavinas, Aodeedee, Gintell, Gong Cha, Cuckoo, 7-Eleven, Outlet, Nice to CU, Blink, Butty Boy Cooks, Thai Odyssey, OPPO, Mr.DIY.

Datum Jelatek, Kompleks Beli-Belah Terbaru di Kuala Lumpur !

Rangkaian jenama restoran seperti KFC, A&W, Burger King, 4 Fingers, Pizza Hut, The Chicken Rice Shop, Kenny Rogers Roasters, Ayam Penyet Best dan Mee Tarik China Muslim pun ada juga.

Bagi penggemar kopi pula, pusat beli-belah Datum Jelatek amat memahami selera anda. Jenama seperti Jamaica Coffee, Locca Café, Gigi Coffee, Zus Coffee, Tealive, Mesra Coffee dan Starbucks pasti menjadi pilihan setiap hari.

Tempat Letak Kereta Percuma & Dihubungkan Dengan LRT

Sempena pembukaan kompleks membeli-belah ini, promosi tempat letak kenderaan percuma telah diadakan.

Datum Jelatek, Kompleks Beli-Belah Terbaru di Kuala Lumpur !

Bagi Pengguna LRT pula, anda tidak perlu risau hujan mahu pun panas kerana laluan berbumbung disediakan dari LRT Jelatek terus ke pusat beli-belah Datum Jelatek.

Untuk maklumat lanjut layari media di laman Facebook dan Instagram Datum Jelatek Shopping Centre

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram