d'bilut agro farm, lokasi percutian agro sesuai buat semua !

D'Bilut Agro Farm, Lokasi Percutian Agro Sesuai Buat Semua !

Tag:
Dikemas Kini: 28 Julai 2022
Surga Route

Tiba waktu cuti, pasti kita jenuh berfikir ke mana lagi destinasi yang boleh dikunjungi bersama keluarga kan. Kalau boleh, nak pergi ke destinasi desa sebab mahu mencari ketenangan setelah melalui haruk-pikuk kota.

D'Bilut Agro Farm

D'Bilut Agro Farm, Lokasi Percutian Agro Sesuai Buat Semua !

Jika anda mahu bercuti dan merasai suasana di ladang, anda mungkin berminat dengan D’Bilut Agro Farm, Lurah Bilut, Bentong, Pahang yang terletak kira-kira hanya 1 jam perjalanan dari Tol Gombak.

Datang sini menikmati udara segar ditambahkan dengan persekitaran mesra menghijau, pastinya membangkitkan suasana percutian yang menenangkan pengunjung.

D'Bilut Agro Farm, Lokasi Percutian Agro Sesuai Buat Semua !

Bukan sahaja suasana pemandangan indah boleh didapati di D’Bilut Agro Farm, malah pelbagai aktiviti menarik turut disediakan di kawasan ladang berkeluasan 7.5 ekar itu.

D'Bilut Agro Farm, Lokasi Percutian Agro Sesuai Buat Semua !

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah memberi makan kepada kira-kira 120 ekor rusa di ladang rusa, merasai keenakan madu kelulut, melawat taman-taman haiwan seperti arnab, burung, kucing, aktiviti memanah dan juga menontonwayang pacak.

Bagi pencinta alam, anda boleh mendaki Bukit Botak, manakala untuk peminat aktiviti lasak pula, All-Terrain Vehicle (ATV) berkuasa 500cc turut disediakan.

Lebih menarik lagi, apabila tiba musim buah-buahan, pengunjung dibenarkan memetik dan makan buah-buahan seperti durian, rambutan dan manggis Jepun (tanpa biji) dengan kadar harga yang pastinya ‘istimewa’ khas buat pengunjung D’Bilut Agro Farm.

D'Bilut Agro Farm, Lokasi Percutian Agro Sesuai Buat Semua !

Disini juga ada restoran yang menyediakan pelbagai masakan sedap dengan menu utamanya adalah berasaskan daging rusa.

Selain itu di resort ini juga menyediakan pakej bagi mereka yang mahu meraikan majlis hari jadi, Aqiqah dan pelbagai lagi majlis keraian.

Penginapan

D'Bilut Agro Farm, Lokasi Percutian Agro Sesuai Buat Semua !

Terdapat  bilik penginapan yang selesa kepada pengunjung mengambil nama bilik beberapa haiwan peliharaan yang terdapat di situ.

Anda boleh menginap di Merpati Cabana atau Merbah Cabana dengan harga serendah RM200; Punggok Deluxe Terrace (RM300) dan; Punggok Family Terrace hingga RM700 sehari.

Turut disediakan Kecapi Domitary yang boleh memuatkan 9 orang pada satu masa.

Bagi pencinta alam D’Bilut Agro Farm sesuai untuk percutian. Jika mahu menghirup udara segar, pandangan hijau terbentang luas dan mendengar kicauan burung serta unggas pada larut malam boleh menginap di kawasan perkhemahan yang disediakan.

Di kawasan perkhemahan ini harga ditawarkan serendah RM40 (2 orang) dan bagi pengunjung yang mahu perkhemahan di atas pelantar (deck) bayaran dikenakan RM80 (4 orang)

Perancangan Masa Hadapan

Pihak pengurusan D'Bilut Agro Farm turut merancang menyediakan beberapa ekor kuda dan basikal jenis Mountain Bike untuk kegunaan pengunjung bagi aktiviti riadah, menyediakan pakej program seperti pengukuhan pasukan (team building) dan program latihan untuk syarikat-syarikat.

Bagi menarik lebih ramai lagi pengunjung, akan dibina Cabana Villa dan Glamping Site tidak lama lagi.

Alamat

📍D'Bilut Agro Farm, Lot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram