Hotel Element di Kuala Lumpur ini Mempunyai Kolam Renang 'Indoor' di Tingkat 39

Tag:
Dikemas Kini: 27 Februari 2022
Surga Route

Sebenarnya, problem juga bila nak mandi kolam renang hotel di Malaysia ni. Yelah, kalau siang itu, panas terik betul. Takut nanti terbakar pula kulitnya. Mak ayah tak apa lagi, kesian ke anak-anak lah pulak kan.

Kadang-kadang tu tak panas, tapi hujan pula. Hujan pun tak boleh mandi juga, nanti demam. Belum masuk petir, lantai licin dan sebagainya. Memang bahaya la kan mandi waktu hujan ini.

Bila malam cuaca okay, tapi kebanyakan hotel tutup kolam pada waktu malam. Yang ada hanya waktu boleh mandi pagi-pagi, tapi air sejuk sangat dan bertembung pula waktu sarapan pagi. Banyak hal 🤣

Mujur ada hotel Element Kuala Lumpur by Westin ni. Hotel ini terletak di Menara Ilham Baru (IB Tower), berdekatan KLCC.

Hotel Element di Kuala Lumpur ini Mempunyai Kolam Renang 'Indoor' di Tingkat 39
Hotel Element di Kuala Lumpur ini Mempunyai Kolam Renang 'Indoor' di Tingkat 39

Kolam renang sini tertutup tau. Jadi, tak perlu risau keadaan cuaca panas ker hujan ker, mandi jer ! Ini adalah 'heated pool'. Jadi, air dia suam-suam sedap dan mereka menggunakan air masin.

Hotel Element di Kuala Lumpur ini Mempunyai Kolam Renang 'Indoor' di Tingkat 39

Yang lagi seronok, kolam renang ini terletak di tingkat 39. Jadi, sambil mandi itu boleh jenguk-jenguk pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.

Hotel Element di Kuala Lumpur ini Mempunyai Kolam Renang 'Indoor' di Tingkat 39

Dekat tingkat yang sama juga terletak gimnasium. Memang susah nak jumpa tempat lain ada gimnasium sambil boleh tengok pemandangan pencakar langit.

Hotel Element di Kuala Lumpur ini Mempunyai Kolam Renang 'Indoor' di Tingkat 39

Di bilik pula, dekorasi setiap bilik adalah minimalis tapi jangan risau, semua kelengkapan dan keperluan memang lengkap. Ini hotel 5 Bintang tau.

Kalau nak tempah hotel ini, boleh cari Element Kuala Lumpur by Westin . Hotel ini juga adalah salah satu hotel di bawah rangkain Marriott-Bonvoy. Jadi, boleh tempah melalui Marriott-Bonvoy untuk mendapat ganjaran lebih banyak.

Lokasi

📍 Element Kuala Lumpur by Westin, IB Tower, 8, Jln Binjai, 50450 Kuala Lumpur

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram