Farm Fresh Tawar Buffet Ramadan Di Ladang Tenusu. Siap Boleh Melawat Kawasan dan OOTD !

Dikemas Kini: 15 April 2022
Surga Route

Pengeluar produk tenusu terkenal, Farm Fresh melancarkan restoran baru mereka yang terletak di dalam ladang ternakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.

Farm Fresh Tawar Buffet Ramadan Di Ladang Tenusu. Siap Boleh Melawat Kawasan dan OOTD !
Kredit : Oh!Media
Farm Fresh Tawar Buffet Ramadan Di Ladang Tenusu. Siap Boleh Melawat Kawasan dan OOTD !
Kredit : Oh!Media

Restoran yang dinamakan The Acre by Farm Fresh memang cukup unik disebabkan lokasinya.

Sekarang, The Acre by Farm Fresh ni ada menyediakan pakej Buffet Ramadan paling unik di tahun 2022 tau !

Mana tidaknya, anda boleh 'picnic' di ladang mereka dari petang, melihat matahari terbit dan dilimpahi cahaya lampu pada waktu malam !

Farm Fresh Tawar Buffet Ramadan Di Ladang Tenusu. Siap Boleh Melawat Kawasan dan OOTD !
Kredit : Oh!Media
Farm Fresh Tawar Buffet Ramadan Di Ladang Tenusu. Siap Boleh Melawat Kawasan dan OOTD !
Kredit : Oh!Media

Kalau datang awal anda juga akan dibawa melawati kawasan-kawasan di dalam ladang Farm Fresh ini. Memang cantik untuk bergambar !

Farm Fresh
Farm Fresh Tawar Buffet Ramadan Di Ladang Tenusu. Siap Boleh Melawat Kawasan dan OOTD !
Kredit : Oh!Media
Farm Fresh Tawar Buffet Ramadan Di Ladang Tenusu. Siap Boleh Melawat Kawasan dan OOTD !
Kredit : Oh!Media

Juadah berbuka puasa yang disediakan bertemakan hidangan Melayu, dalam 50 hidangan. Semuanya sedap ! Paling kena cuba adalah ayam percik, kambing golek dan satay.

Selain itu, disini ada juga hidangan air menarik dari Jom Cha & Cream Hauz.

Farm Fresh Tawar Buffet Ramadan Di Ladang Tenusu. Siap Boleh Melawat Kawasan dan OOTD !
Kredit : Oh!Media

Walaupun dalam ladang, jangan ingat restoran mereka tiada kemudahan lengkap. Jangan risau ya sebab tempat buffet ramadan ini memang bersih, teratur, ada surau sementara, tandas dan bilik menyusu disediakan. Tak perlu risau nak solat maghrib di mana.

Farm Fresh Tawar Buffet Ramadan Di Ladang Tenusu. Siap Boleh Melawat Kawasan dan OOTD !
Kredit : Oh!Media

Farm Fresh Tawar Buffet Ramadan Di Ladang Tenusu. Siap Boleh Melawat Kawasan dan OOTD !

Farm Fresh
Kredit : Oh!Media
Farm Fresh
Kredit : Oh!Media

Memang seronok sambil buka puasa boleh nampak lembu atas bukit dan boleh tengok haiwan lain dekat mini zoo. Sementara tunggu waktu berbuka boleh tengok matahari terbenam pula. Fuhh !

Farm Fresh
Kredit : Oh!Media

Eh, duduk bersila sahaja ker? Macamana untuk golongan berkerusi roda? Ha, don't worry sebenarnya ada juga tempat duduk biasa di bahagian dalam restoran. Jadi, anda boleh juga duduk disitu. Kalau hujan pun boleh juga duduk di dalam restoran.

Farm Fresh
Kredit : Oh!Media

Kalau anda berminat, buffet ramadan ini disediakan bermula dari 5 April sehingga 1 Mei 2022 ini sahaja, berlangsung dari jam 6.30pm – 10.00pm.

Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM98 (tidak termasuk cukai) bagi setiap orang, ada diskaun untuk kanak-kanak & warga emas.

Lokasi

Kredit Gambar : Oh! Media & Khalifah Media Networks

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
2 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

contact number please

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram