Phase 2 - IOI City Mall Sdn Bhd

Pembangunan fasa 2 IOI City Mall (ICM) yang dijangka siap dan dibuka kepada umum pada Jun tahun ini akan menjadikannya pusat beli belah dan hiburan terbesar di Selangor & negara ini.

Pembangunan fasa 2 IOI City Mall oleh Kumpulan Hartanah IOI Berhad (IOIPG) yang menelan kos RM500 juta itu bakal menambah keluasan lantai pusat beli belah itu daripada 1.5 juta kepada 2.5 juta kaki persegi.

Ketua Pegawai Eksekutif IOIPG, Datuk Voon Tin Yow berkata, daripada keseluruhan ruang niaga yang ditawarkan, 70 peratus telah pun ditempah oleh penyewa.

Katanya, pembangunan fasa 2 IOI City Mall yang mula dibina pada 2018 itu akan menempatkan beberapa penyewa baharu seperti Golden Screen Cinema (GSC), Aeon, Proton, pusat jualan perabot Jepun Nitori, Best Denki, Food Empire, MajuHome, Objet, Valiram Group, IOI Sport Centre dan IOI Grand Hall.

“Selain daripada outlet perniagaan runcit, fasa baharu juga merangkumi 40,000 kaki persegi ruang pameran, pawangan berteknologi baru dengan dewan IMAX, premis makan, gimnasium dan pusat sukan di bahagian paling atas.

“Bangunan enam tingkat ini pula dihiasi dengan bumbung kaca yang akan mengindahkan lagi ruang legar sekaligus memberi pengalaman beli belah yang lebih menyeronokkan,” katanya pada majlis pelancaran Fasa 2 IOI City Mall.

Fasa 2 IOI City Mall Dibuka Jun Tahun Ini

Tin Yow berkata, sejak dibuka pada 2014, ICM merekodkan kadar penyewaan sehingga 99 peratus.

“Ia adalah testimoni yang baik daripada penyewa yang membuktikan mereka yakin kepada pengurusan pusat beli belah ini.

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
17 May 2022
Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya

Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]

Selanjutnya
13 May 2022
MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal

Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]

Selanjutnya
13 May 2022
Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]

Selanjutnya
12 May 2022
Silverlakes Village Outlet Bakal Dibuka di Batu Gajah, Perak. Hanya 30 Minit Dari Bandaraya Ipoh !

Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]

Selanjutnya
12 May 2022
Kafe Belibis Tawar Pengalaman Unik Makan Dalam Koc Keretapi di Pekan, Pahang

Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram