image 69

Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung dan Malaysia Timur Satu Ketika Lalu Dengan Kos RM50 Juta

Dikemas Kini: 13 Jun 2022
Surga Route
Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung dan Malaysia Timur Satu Ketika Lalu Dengan Kos RM50 Juta


Generasi baharu mungkin tidak pernah mengetahui kewujudan feri yang mengubungkan Semenanjung Malaysia dengan Malaysia Timur (Sabah & Sarawak) satu ketika dahulu.

Feri Malaysia atau nama rasmi yang didaftarkan iaitu Cruise Muhibbah mula beroperasi pada 1986.

Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung dan Malaysia Timur Satu Ketika Lalu Dengan Kos RM50 Juta

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh feri ini berbentuk persiaran, tapi juga boleh membawa penumpang serta kenderaan. Feri ini menghubungkan Semenanjung melalui Pelabuhan Kuantan ke Kuching dan Kota Kinabalu. Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa 2 hari.

Idea Penubuhan

Idea penubuhan Feri Malaysia ini adalah daripada Perdana Menteri Malaysia ke-5, Dr. Mahathir Mohamad pada 1982. Beliau mahu mewujudkan satu khidmat pengangkutan alternatif bagi merapatkan hubungan antara penduduk Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Keputusan itu dibuat setelah melihat kejayaan perkhidmatan feri di negara Scandinavia seperti Finland, Norway dan Denmark.

Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung dan Malaysia Timur Satu Ketika Lalu Dengan Kos RM50 Juta

Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung dan Malaysia Timur Satu Ketika Lalu Dengan Kos RM50 Juta

Jabatan Perdana Menteri telah memilih syarikat perkapalan Perbadanan Nasional Shipping Line Berhad (PNSL) bagi melakukan kajian terperinci mengenai idea penubuhan Feri Malaysia.

Pada Jun 1984, PNSL telah menubuhkan anak syarikat yang diberi nama Syarikat Feri Malaysia Sdn. Bhd. Seorang pakar dari Eropah juga telah dilantik sebagai Pengurus Besar dan penasihat projek.

Laporan lengkap tentang rancangan projek Feri Malaysia telah dikemukakan kepada mesyuarat kabinet pada 27 November 1984 bagi mendapatkan kelulusan daripada jemaah menteri. Setelah Jemaah Menteri Kabinet Malaysia meluluskan projek ini, maka sebuah feri telah dibeli dari Helsinki, Finland. Kerja-kerja membaikpulih serta menaiktaraf feri ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.

Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung dan Malaysia Timur Satu Ketika Lalu Dengan Kos RM50 Juta

Kapal yang dibeli dari Finland dengan kos RM50 Juta ini mempunyai berat sekitar 7900 Tan, dengan 134 Meter panjang dan 7 buah dek.

Setelah siap, feri ini belayar selama sebulan dari Finland sebelum tiba di Pelabuhan Klang pada 6 Ogos 1986. Sultan Pahang kemudian membuat pelancaran rasmi khidmat Feri Malaysia pada 31 Ogos 1986 di Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Operasi Feri

Kapal ini boleh memuatkan 650 penumpang beserta 240 buah kereta. Antara kemudahan yang disediakan adalah restoran, kolam renang, kabin tidur, ruangan solat, ruang bermain catur, karom, dart, bilik mesyuarat.

Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung dan Malaysia Timur Satu Ketika Lalu Dengan Kos RM50 Juta

Terdapat juga aktiviti berjadual yang dianjurkan seperti sukaneka, pertandingan melukis & mewarna, pakaian beragam, persembahan tarian kebudayaan seperti inang, zapin, joget, sumazau, dusun.

Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung dan Malaysia Timur Satu Ketika Lalu Dengan Kos RM50 Juta

Selain itu, ada juga pertandingan tarik tali, aerobik, tayangan video, pertandingan catur, pertandingan bingo, ceramah agama khusus untuk penumpang beragama Islam dan lain-lain.

Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung dan Malaysia Timur Satu Ketika Lalu Dengan Kos RM50 Juta

Penamatan Operasi

Nampak macam best betul perkhidmatan Feri Malaysia ini, tetapi kenapa tidak diteruskan sampai sekarang. Lebih mengejutkan, operasi ini ditamatkan setelah beroperasi kurang dari 4 tahun iaitu pada 1989 !

Kisahnya bermula seawal 18 Oktober 1987, perkhidmatan Feri Malaysia mengalami kebakaran pada ruang enjin utamanya. Ketika kejadian pada jam 2.45pm itu, lokasi feri ini berada kira-kira 5 kilometer dari Pulau Tioman, Pahang. Seramai 300 orang penumpang dan 40 buah kenderaan berada diatas feri ketika itu.

Feri Malaysia, Penghubung Semenanjung dan Malaysia Timur Satu Ketika Lalu Dengan Kos RM50 Juta

Walau bagaimanapun, kesemua penumpang dapat diselamatkan menggunakan dua buah kapal kargo untuk membawa penumpang ke Pelabuhan Kuantan pada hari yang sama. Feri Malaysia terdampar seketika di lautan Pahang setelah kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya. Menurut info yang dikeluarkan oleh akhbar NST, kebakaran tersebut berlaku kerana kapal yang dibeli dari Finland ini sudah lama dan berusia 16 tahun.

Selain itu, kos operasi bagi Feri Malaysia juga dikatakan terlalu tinggi yang akhirnya menyebabkan operasinya dihentikan.

4 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram