pen hkt

Firefly Sambung Penerbangan Pulau Pinang - Phuket Bermula Ogos 2022

Tag:
Dikemas Kini: 25 Julai 2022
Surga Route

Berita baik buat penggemar lautan biru Phuket yang tinggal di utara tanah air, anda kini tak perlu lagi membuat perjalanan darat yang jauh ke Thailand atau membuat penerbangan bermula dari Kuala Lumpur untuk ke Phuket !

Firefly telah mengesahkan bahawa mereka akan menyambung semula penerbangan antara Pulau Pinang (PEN) dan Phuket (HKT), Thailand, berkuat kuasa 26 Ogos 2022.

Pesawat Boeing 737-800

Sebelum ini kita mengenal syarikat Firefly sebagai operator penerbangan dengan pesawat kecil seperti penggunaan pelbagai jenis pesawat ATR sahaja kan.

atr firefly 1
ATR 72-600. Kredit : ATR

Haaa, jangan tak tahu Firefly kini juga telah mula beroperasi dengan pesawat Boeing yang lebih besar. Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan laluan Pulau Pinang-Phuket dengan empat penerbangan seminggu menggunakan pesawat Boeing 737-800 tau !

image 7 1
Kredit : Travel News Asia

Jadual Penerbangan

Penerbangan antara dua destinasi percutian popular itu dijadualkan pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad dengan FY3600 dijadualkan berlepas dari PEN pada jam 14:20, tiba di Phuket pada jam 14:20. Malaysia adalah satu jam lebih awal daripada Thailand.

Untuk penerbangan kembali, FY3601, ditetapkan masa untuk meninggalkan HKT pada 14:50, tiba kembali di Pulau Pinang pada 16:50.

"Dengan pelonggaran syarat kemasukan Thailand untuk rakyat Malaysia baru-baru ini, Firefly bersedia untuk meningkatkan perkhidmatannya dan menghubungkan orang ramai ke Thailand sebagai sebahagian daripada inisiatif kami untuk menyokong pemulihan ekonomi di kedua-dua negara," kata Philip See, Ketua Pegawai Eksekutif Firefly.

Jadual Penerbangan PEN-HKT Firefly:

image 6
Kredit : Travel News Asia

Tiket Serendah RM169 !

Dalam pada itu, tiket penerbangan bagi laluan Pulau Pinang - Phuket telah pun mula dibuka dengan harga promosi serendah RM169 sehala bagi tarikh perjalanan 26 Ogos sehingga 29 Oktober 2022, promosi ini akan tamat pada 31 Julai 2022. Tempahan tiket boleh dibuat disini

image 7 2
0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram