hotel paya bunga terbaik terengganu

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Dikemas Kini: 8 November 2022
Surga Route

Musim-musim pilihanraya ini, kami pun nak cuit sikitlah. Di Kuala Terengganu, ada sebuah hotel iaitu Paya Bunga Hotel dengan kos sekitar RM90 Juta.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Hotel ini milik anak syarikat kerajaan negeri Terengganu sendiri. Bermakna segala urusan pentadbiran berkaitan hotel, memang membabitkan kerajaan negeri.

Dari mula pembinaan, sehingga ke waktu pembukaan memang penuh dengan masalah.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Antara masalahnya ialah kelewatan menyiapkan projek. Banyak kali pembukaan rasmi ditangguhkan dari 2017 sehingga 2018.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Sedangkan, matlamat asal pembukaan pada 2017 adalah bagi menyambut pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu 2017 namun disebabkan kelemahan urus tadbir, akhirnya tak sempat buka.

Pengambilan sesi pertama kakitangan seramai 40 orang dibuat pada Februari 2018 dengan kontrak selama 6 bulan, bagaimanapun sehingga kontrak berakhir pada Ogos 2018 pembukaan hotel masih tidak dapat dilaksanakan.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Jadi, walaupun hotel ini belum dibuka tetapi kerugian telah dicatatkan.

Sayang, sebab hotel ini masih baru, strategik di tengah bandar dan mempunyai kolam renang aras tinggi pertama di Kuala Terengganu yang menawarkan pemandangan 360 darjah bandaraya Kuala Terengganu.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Dikatakan, kerugian terkumpul Hotel Paya Bunga adalah RM1.8 juta setakat tahun 2018.

Pada 2018 juga, kerajaan negeri Terengganu telah bertukar. Masa tu ramai skeptikal, bolehkah kerajaan Negeri Terengganu yang baharu ini mentadbir dan memakmurkan ekonomi terutamanya melalui anak syarikat kerajaan sendiri, termasuklah dalam urusan Hotel Paya Bunga ini.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Kerajaan Negeri Terengganu yang baharu mengambil alih urus tadbir hotel ini dengan membawa konsep hotel patuh syariah. Inisiatif tersebut merupakan inisiatif pertama di Terengganu.

Rupanya selama ini tak ada lagi konsep hotel patuh syariah di Terengganu, walaupun majoriti penduduk adalah Muslim, kerajaan adalah orang Islam. Tetapi agenda Islam tidak benar-benar diangkat dalam segenap aspek.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Seiring dengan konsep patuh syariah itu, segala urusan operasi hotel selari dengan keperluan syariah secara menyeluruh sama ada pemakaian kakitangan, pergaulan, penyediaan makan minum mahupun perkhidmatan kepada tetamu.

Lagi istimewa, ada juga laungan azan setiap waktu solat dan kuliah di surau. Surau pun besar. Staf lelaki juga digalakkan menyertai program-program keagamaan yang dianjurkan seperti kuliah Zohor dan ceramah perdana.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Kata Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,

“Patuh syariah ini bukan mengenai makanan halal semata-mata tapi konsepnya lebih besar.. bagaimana kita menyediakan suasana keislaman dan kita akan tingkatkan dari masa ke semasa bagi kemudahan pelanggan yang menginap.

“Bagi setengah orang, ada yang anggap patuh syariah itu satu konotasi negatif dan kita sebagai kerajaan ada tanggungjawab memperbetulkan salah faham itu,”

Kami pun pernah menginap disini. Pengalaman kami, di 'hallway' untuk menuju ke bilik tetamu, alunan ayat suci Al-Quran diperdengarkan melalui pembesar suara. Tetapi tidak mengganggu tetamu kerana bacaan diperdengarkan dengan lembut dan syahdu.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Masa kerajaan nak perkenalkan hotel patuh syariah, ramai juga sangsi adakah hotel patuh syariah dapat menarik kehadiran pelancong luar sekaligus mencatat keuntungan?

Rupa-rupanya, sebaik sahaja beroperasi di bawah kerajaan Negeri Terengganu yang baharu, untung bersih RM1.4 Juta telah dicapai yang mengurangkan kerugian hotel.

Kerugian Hotel Paya Bunga berjaya dikurangkan daripada RM1.8 juta kepada hanya RM400,000 pada tahun 2019.

Angka itu berjaya dicapai setelah Hotel Paya Bunga terus mencatatkan keuntungan setiap bulan dalam tempoh enam bulan terakhir 2019 meskipun baru satu tahun beroperasi.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Pada enam bulan terakhir 2019, Hotel PB merekodkan pendapatan sebanyak RM6.4 juta, dan mempunyai baki tunai melebihi RM800 ribu.

Pada 2020, hotel Paya Bunga mencatat keuntungan sebanyak RM260,000. Satu pencapaian yang membanggakan kerana masih lagi mencatat keuntungan walaupun ketika dunia dilanda COVID-19 dan sekatan perjalanan dikenakan.

Pada tahun 2021, selepas kebanyakan sekatan perjalanan ditarik balik, hotel ini mencatat keuntungan RM3.2 juta !

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Kedudukan kewangan syarikat juga telah meningkat sebanyak 62 peratus daripada RM6.9 juta pada tahun 2020 kepada RM11.2 juta pada 2021.

Siri keuntungan saban tahun itu menyaksikan Hotel Paya Bunga mempunyai peningkatan keuntungan sebelum cukai dan pelarasan sebanyak 1,130 peratus untuk tahun berakhir 2021.

Kedudukan kewangan Hotel Paya Bunga juga terbukti kukuh apabila tidak ada pemberhentian atau pemecatan kakitangan ketika pandemik melanda di saat syarikat atau premis lain berdepan masalah tersebut.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Bahkan mereka kekal dibayar gaji sepertimana yang sepatutnya, kenaikan gaji tahunan pun dilaksanakan di samping tiada pengurangan gaji.

Tidak cukup dengan itu bonus dua bulan gaji diberi pada tahun 2020 dan 2021.

Lebih membanggakan, konsep patuh syariah yang diperkenalkan menerima sambutan luar biasa daripada pengunjung sekali gus melayakkan mereka menerima Anugerah Standard Kualiti Islam (IQS) daripada Universal Crescent Standard Center (UCSC).

Pengiktirafan itu bagi tahun 2022 sehingga 2023, ia bukan pengiktirafan dalaman (Malaysia) tetapi daripada pihak antarabangsa.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Berdasarkan maklumat, hanya tiga hotel di Malaysia menerima anugerah itu, Hotel Paya Bunga adalah salah satunya.

Harapnya kecekapan urus tadbir menghasilkan keuntungan ini sedikit-sebanyak memberi contoh kepada kerajaan negeri yang lain.

Kerajaan Terengganu juga membuktikan, bahawa penerapan Syariah dalam pelbagai bidang tidak akan merencatkan sedikit pun industri tersebut, malah memberi nilai tambah yang menarik.

From Zero to Hero : Bermula Dengan Kerugian, Kini Hotel Paya Bunga Antara Terbaik di Terengganu !

Kalau tiba-tiba teringkat keropok lekor sebab kami cakap pasal Terengganu, boleh beli di sini : https://shope.ee/8zV18iPMnI

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram