Halal & Istimewa ! Kedai Nasi Kandar Tokyo Laku Keras
Surga Route
|
25 February 2022
Nampaknya nasi kandar Pulau Pinang go International ! Bangga betul jadi rakyat Malaysia bila tahu menu ini telah sampai ke jalan yang agak sibuk di Tokyo, Jepun.
“Zero Two Nasi Kandar Tokyo” ini dibuka pada bulan Januari lalu dan dikreditkan oleh laman web makanan Jepun, Japanese Heart sebagai kedai istimewa pertama yang menyajikan masakan asli Malaysia-India.
Hidangan utama restoran tersebut adalah sepinggan nasi kandar yang dihidangkan dengan sekurang-kurangnya enam jenis pilihan kari berbeza dan lauk kegemaran seperti telur rebus, ayam goreng, udang goreng, sotong, potongan kambing, bendi dan banyak lagi.
Hidangan ini juga boleh disajikan di atas daun pisang asli atau pinggan plastik klasik berwarna terang yang sangat sinonim dengan warung dan kedai mamak di Malaysia.
Kesemua bahan masakan di kedai tersebut dikatakan halal dan mereka juga mempunyai pilihan menu vegetarian. Sayur-sayuran yang digunakan dalam hidangan milik Zero Two adalah segar dan diperoleh secara organik daripada petani di Jepun.
Walaupun tidak banyak butiran mengenai kedai ini, tetapi kami difahamkan restoran itu dikendalikan oleh seorang lelaki bernama Tateda yang tertarik dengan keenakan nasi kandar semasa melancong ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Selain dilengkapi perhiasan dan mural Malaysia di dinding, ada juga perkara lain yang sinonim dengan Malaysia turut dijual disini iaitu minuman isotonik 100 Plus.
Berdasarkan laman sosial restoran tersebut, kedai itu dilihat mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan. Boleh tahan ramai juga yang beratur untuk makan hidangan tersebut sepanjang hari.
Restoran nasi kandar ini juga selalu kehabisan hidangan yang dijual sebelum mereka menutup perniagaan pada hari tersebut.
Untuk anda yang berada di Jepun dan tiba-tiba mengidam nasi kandar, kedai ini terletak berhampiran Otemachi dan Chiyoda di bandar Tokyo. Boleh la mengubah selera sikit daripada 'Japanese Curry' kepada 'Mamak's Curry' hehe.
Alamat
📍フィナンシャルシティ グランキューブ / Zero-Two Nasi Kandar Tokyo, 1, Chome−9, Ōtemachi, Chiyoda City, 〒100-0004, Tokyo, Jepun
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]
Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]