harris putrajaya

Harris Hotel Putrajaya Sentral Bakal Dibuka 2025

Dikemas Kini: 11 September 2022
Surga Route

Putrajaya, sebuah bandar pentadbiran negara bakal menerima sebuah lagi tarikan baharu apabila Harris Hotel Putrajaya Sentral dibuka pada 2025 kelak.

image 2 26

Ia terletak dalam hab pengangkutan utama Putrajaya, yang bersambung dengan baik ke seluruh bandar Putrajaya, Cybrerjaya mahupun ke Kuala Lumpur.

Hotel tersebut adalah sebahagian daripada pembangunan bersepadu yang terdiri daripada komponen runcit, makan dan hiburan.

HARRIS Putrajaya Sentral berjarak lima minit berjalan kaki ke Stesen Putrajaya Sentral, menyediakan akses mudah ke pusat bandar dan Stesen Kuala Lumpur Sentral, di mana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berjarak 30 minit perjalanan dengan kereta api ekspres.

Ia juga berjarak 10 minit pemanduan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan 15 minit pemanduan ke tempat-tempat tarikan seperti Masjid Putra, Taman Botani Putrajaya dan Challenge Park Putrajaya.

HARRIS Putrajaya Sentral akan menawarkan 200 bilik dan kemudahan seperti kolam renang, bilik tarian, bilik mesyuarat, gimnasium, restoran makan sepanjang hari, bar jus, ruang istirahat dan kelab kanak-kanak.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram