hotel 5 bintang ini merupakan hotel patuh syariah paling menarik di malaysia ! mardhiyyah hotel & suites

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !

Dikemas Kini: 25 Oktober 2022
Surga Route

Mardhiyyah Hotel & Suites merupakan hotel patuh Syariah bertaraf 5 bintang terbaharu di Malaysia yang mula menerima tetamu sejak awal Februari 2021.

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !

Nama jenama ‘Mardhiyyah’ diambil daripada perkataan Arab bermaksud Yang Diredhai. Nama tersebut adalah hasil cetusan idea dari Datuk Seri Haji Mohamed Rafik Haji Mohd Idris yang merupakan pemilik dan Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.

Terdapat 341 bilik penginapan ditawarkan merangkumi 5 jenis iaitu 280 bilik jenis deluxe, 58 unit deluxe suite, 2 unit penjagaan khas dan 1 presidential suite.

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia ! Mardhiyyah Hotel & Suites

Raih Pelbagai Anugerah

Hotel bertaraf 5 bintang ini mencapai pengiktirafan sebagai “Muslim-friendly Hotel of the Year” di majlis “Halal in Travel Awards” anjuran Crescent Rating sempena “Halal in Travel Global Summit 2022” di Singapura.

Selain itu, Mardhiyyah Hotel & Suites telah mendapat Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) Kategori Platinum oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTaC) melalui Islamic Tourism Centre (ITC).

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !

Pengiktirafan Anugerah Platinum MFAR ini sebagai hotel ‘Mesra Muslim’ dengan peralatan dan kemudahan patuh syariah. Memenuhi kriteria pelancongan yang mesra Muslim, ia juga mempunyai restoran halal disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia ! Mardhiyyah Hotel & Suites

Selain itu, Mardhiyyah Hotel & Suites dinilai dan disahkan memenuhi keperluan Universal Crescent Standard Centre (UCSC) Islamic Quality Standard For Hotel dengan penarafan 7IQS.

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia ! Mardhiyyah Hotel & Suites

Ini membuktikan hotel ini memenuhi kriteria memiliki Chef beragama Islam (untuk memastikan pengetahuan halal toyyiban dalam penyediaan makanan), Penasihat Syariah dan Jawatankuasa Syariah dan Pemilik Muslim.

Fasiliti & Kemudahan Lain

Selain daripada identiti berteraskan operasi Islamik, fasiliti-fasiliti lain di Mardhiyyah Hotel & Suites ini juga tidak kurang hebatnya.

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !

Di tingkat 14, terdapat sebuah kolam renang tertutup. Jadi, boleh mandi-mandi tanpa risaukan keadaan cuaca panas ataupun hujan.

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !

Selain itu, di tingkat yang sama juga terletaknya surau Al-Latifah yang sangat besar. Solat berjemaah dan juga majlis keagamaan juga dilakukan disini bagi tujuan pengimarahan. Tambah-tambah pula waktu bulan Ramadhan.

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !
Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !

Bukan sahaja mesra Muslim, malah hotel 5 bintang ini agak mesra kanak-kanak. Untuk anak-anak, disini ada bilik permainan untuk mereka melakukan aktiviti. Best !

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !
Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !

Bab makan? Tak perlu was-was dengan restoran hotel ini yang 100% Halal ! Secara keseluruhan, terdapat 3 restoran disediakan disini untuk memenuhi selera anda.

Restoran Royale Songket menghidangkan pelbagai menu tempatan dan antarabangsa. Restoran ini juga dikenali dengan buffet yang memberikan pelbagai pilihan.

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !

Restoran Tung Yuen pula menghidangkan masakan Cina Muslim.

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !
Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !

Jika anda mahu suasanakan lebih santai, dan mendapatkan hidangan ringan maka Borak-Borak Cafe & Lounge adalah tempat yang harus dituju.

Hotel 5 Bintang Ini Merupakan Hotel Patuh Syariah Paling Menarik di Malaysia !

Lokasi Strategik

Terletak di tengah Bandaraya Shah Alam, Selangor. Mardhiyyah Hotel & Suites hanya beberapa minit dari tempat-tempat pelancongan di bandar ini, pusat membeli-belah, taman-taman popular dan juga pejabat-pejabat kerajaan.

Alamat

?Mardhiyyah Hotel & Suites, No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

4 4 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram