hotel impi yan

Hotel di Desaru Ini Mempunyai Bilik Dengan Pelbagai Tema Unik, Termasuk Penjara & Rumah Hantu !

Dikemas Kini: 30 September 2022
Surga Route

Apabila kita bercuti dan menginap di hotel, sudah pasti selalunya kita terbayangkan unit penginapan yang mewah dan selesa.

Tetapi, sebuah hotel di Desaru, Kota Tinggi, Johor nampaknya berani tampil membuat kelainan apabila mereka menyediakan bilik penginapan dengan pelbagai tema unik 'di luar kotak'.

Hotel di Desaru Ini Mempunyai Bilik Dengan Pelbagai Tema Unik, Termasuk Penjara & Rumah Hantu ! Hotel Impi Yan
Kredit : Hotel Impi yan

Hotel ini mula tular dengan satu video yang dimuat naik oleh tetamu mereka di aplikasi TikTok yang memaparkan mereka mendapat satu bilik penginapan dengan tema 'penjara'. Siap dapat baju ala banduan lagi tu !

@amirulfirdaus96 8 #fyp ♬ bunyi asal - Ozy

Kami rasa ini adalah 'penjara' paling selesa di Malaysia. Tapi itulah, nak masuk penjara pun kena bayar hehe.

Selain daripada bilik dengan tema penjara, carian kami mendapati hotel Impi Yan ini turut menyediakan pelbagai lagi bilik dengan jenis dan tema berbeza.

Hotel di Desaru Ini Mempunyai Bilik Dengan Pelbagai Tema Unik, Termasuk Penjara & Rumah Hantu ! Hotel Impi Yan
Kredit : Hotel Impi Yan
Hotel di Desaru Ini Mempunyai Bilik Dengan Pelbagai Tema Unik, Termasuk Penjara & Rumah Hantu ! Hotel Impi Yan
Kredit : Hotel Impi Yan

Antara tema bagi bilik dengan katil 'Queen' adalah tema hantu, kereta lumba, pantai, hutan, lanun dan juga tema sukan.

Manakala bagi bilik dengan katil 'King' disediakan tema mewah dan juga tema Jepun. Jom kita tengok !

Tema Hantu

Katanya hotel ini baru saja dibuka beberapa minggu yang lalu. Untuk melihat lebih banyak tema di hotel Impi Yan ini atau bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh klik pautan ini.

4.3 4 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram