Hanya 30 Minit Dari Pusat Bandar, Hotel Impiana Senai Pilihan Terbaik di Johor Bahru

Hanya 30 Minit Dari Pusat Bandar, Hotel Impiana Senai Pilihan Terbaik di Johor Bahru

Tag:
Dikemas Kini: 19 Februari 2022
Surga Route

Bagi anda yang mementingkan keselesaan di samping harga penginapan yang berbaloi, Hotel Impiana Senai patut menjadi pilihan anda apabila berada di Johor.

Impiana Hotel Senai ialah hotel perniagaan pertama di Kulai yang menawarkan perkhidmatan hospitaliti terbaik. Hotel ini berada di lokasi yang sangat strategik dan boleh diakses dalam beberapa minit dari lapangan terbang Senai dan sekurang-kurangnya 30 minit pemanduan ke kemudahan Kastam, Imigresen & Kuarantin (CIQ) Singapura-Malaysia serta Tuas Link 2.

Ia juga dalam kejiranan Kawasan perindustrian dan komersial utama Johor serta tarikan pelancong tempatan seperti Legoland Malaysia dan Hello Kitty Town.

Mempunyai 172 bilik termasuk 6 suite eksekutif yang luas, setiap bilik dilengkapi dengan unit penghawa dingin yang dikawal secara individu, ruang kerja khusus dengan akses internet berkelajuan tinggi dan kemudahan moden.

Selain itu, Impiana Hotel Senai turut mempunyai kemudahan riadah seperti kolam renang infiniti , gimnasium kecergasan yang dilengkapi dengan peralatan senaman terkini serta rawatan refleksologi di Chill Reflexology dan Acupressure.

Lokasi

Impiana Hotel Senai, Jalan Impiana Senai Utama 2, Taman Impian Senai, 81400 Senai, Johor

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram