Waldorf Astoria Hotels & Resorts, jenama hotel mewah di bawah kumpulan Hilton, telah meluaskan sayapnya dengan perancangan untuk membangunkan hotel all-suite di Jalan Raja Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Projek tersebut akan dimiliki dan dibangunkan oleh Tradewinds Corporation di tapak Hotel Istana dalam jarak berjalan kaki yang singkat dari tarikan seperti Pavilion Mall dan Menara Berkembar Petronas.

Proses renovasi dan pembinaan dijangka bakal dimulakan pada suku ketiga tahun ini dan hotel itu dijadualkan dibuka pada 2024.
Para tetamu boleh menjangkakan perkhidmatan yang mesra dari saat mereka menempah penginapan mereka hingga saat mereka mendaftar keluar. Hiasan dan perabot akan direka khas untuk 279 suite, dan saiz bilik penginapan bermula pada keluasan 76 meter persegi.
Hotel ini akan menampilkan pusat kesihatan tercanggih dan lima restoran.

Sementara itu, Hilton juga merancang untuk melancarkan Conrad pertama di Malaysia yang juga terletak berhampiran dengan Waldrof Astoria. Hotel 544 bilik itu dan Waldorf Astoria bersedia untuk mengalu-alukan tetamu pertama mereka dalam tempoh setahun antara satu sama lain.
[…] Kami memang menyambut baik berita ini mengenangkan hotel ini memang mempunyai sejarah yang besar. Bukan hotel 5 bintang biasa. Kami nampak Tradewinds Corp juga seperti nak mula langkah baru dalam industri perhotelan. Baru-baru ini, Tradewinds Corp juga mengumumkan bahawa mereka akan membawa jenama mewah di bawah kumpulan Hilton, iaitu Waldorf Astoria ke Kuala Lumpur. Baca lanjut disini : HOTEL ISTANA BAKAL DIROBOH ! WALDORF ASTORIA AKAN MUNCUL DI KL BERMULA 2024 ! […]