Hotel Putra Brasmana Kembali Bernyawa

Dikemas Kini: 17 Februari 2022
Surga Route

Hotel Putra Brasmana adalah sebuah hotel bertaraf 3 bintang milik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) yang terletak di kawasan pelancongan terkenal negeri Perlis iaitu Kuala Perlis.

Hotel Putra Brasmana Kembali Bernyawa

Dahulu, hotel ini sering menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Negeri Perlis. Namun, reputasinya semakin merudum ekoran pelbagai masalah dihadapi.

Dibawah tenaga pengurusan baharu, hotel ini sedang menjalani proses transformasi. Terbaru, bilik penginapan akan diberi nafas baru seperti gambaran bilik 'mockup' yang ditunjukkan ini.

Menceritakan mengenai transformasi hotel ini, Pengerusi Lembaga Pengarah Hotel Putra Brasmana yang baharu, YB Azman Mohd. Yusof mendedahkan hotel tersebut mengalami pelbagai masalah termasuk terpaksa menanggung hutang tinggi sebelum kehadirannya pada tahun 2019.

Menurut Beliau, keadaan hotel itu ketika beliau tiba pada tahun 2019 adalah cukup daif.“Ketika saya datang pada 2019, keadaan hotel ini cukup daif, pengurusan yang bermasalah sebelum 2019 dengan hutang yang tinggi (kesan hingga ke hari ini).“Sebulan selepas itu, pengurus baharu datang, Saiful namanya.

Kami bergabung tanpa apa-apa bantuan yang boleh menolak kami ke depan dalam industri ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Walaupun penularan COVID-19 semakin ‘menghimpit’ keadaan hotel tersebut, namun Azman memaklumkan beliau bersama Saiful tampil dengan pelbagai idea kreatif.

“Kami bertahan dan tidak bermenung. Kami berfikir, bukan sembang kosong tapi dengan pelbagai idea kreatif.“Lahirlah idea BFF (Brasmana Food Truck & Flea Market), ia bukan untuk menjual bilik tapi untuk meramaikan orang di depan hotel.

Hotel Putra Brasmana Kembali Bernyawa
Brasmana Foodtruck & Flea Market di Hotel Putra Brasmana
Hotel Putra Brasmana Kembali Bernyawa
Brasmana Foodtruck & Flea Market Hotel Putra Brasmana

“Sewa tapak pun setakat RM20, macam-macam dibuat, asalkan dapat duit. Kami setuju jadikan hotel kuarantin, kami setuju bawa operator untuk bawa kolam, dinasour, penghibur dan lain-lain.

“Kami malah setuju untuk sewa bilik sebulan dengan harga yang cukup menarik. Kami pelbagaikan menu, kami tawarkan harga yang murah untuk bersarapan.

Kini sedikit demi sedikit kami baiki bilik-bilik,” jelas beliau.

Hasilnya, hotel tersebut akan berwajah baharu dengan reka bentuk dan gaya bilik yang lebih menarik.

“Tahun 2022, kami melihat peluang untuk terus berjaya walaupun tiada suntikan pinjaman atau pun modal daripada mana-mana pihak.

“Bebanan hutang sebelum kami hadir, kami masih menanggung tapi kami akan tetap usahakan untuk pembayaran.

“Ada pihak yang langsung tidak yakin dengan hotel ini tapi saya dan Saiful cukup yakin untuk kembalikan maruah hotel ini ke tahap terbaik.

“Jika anda bersama kami, kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan, tanpa anda siapalah kami,” katanya.

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram