hyatt centric kota kinabalu

Hyatt Centric Kota Kinabalu Kini Dibuka, Pertama di Asia Tenggara !

Tag:
Dikemas Kini: 25 Oktober 2022
Surga Route

Anda mungkin mengetahui Grand Hyatt di Kuala Lumpur, atau Hyatt Regency di Kuantan dan Kota Kinabalu.

Terbaru, Hyatt Hotels Corporation melebarkan sayap di Malaysia dengan pembukaan Hyatt Centric Kota Kinabalu. Ia merupakan jenama Hyatt Centric pertama di Asia Tenggara.

Hyatt Centric Kota Kinabalu Kini Dibuka, Pertama di Asia Tenggara !
Kredit : Business Wire

Hotel mewah setinggi 23 tingkat itu menawarkan sebanyak 222 unit penginapan, kolam renang di aras bumbung yang mempesonakan, restoran, pusat kesihatan dan pelbagai kemudahan lain.

Hyatt Centric Kota Kinabalu Kini Dibuka, Pertama di Asia Tenggara !
Kredit : Business Wire

Hotel ini direka oleh arkitek terkenal Jepun, Kengo Kuma yang juga merupakan arkitek bagi Stadium Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Terletak di tengah bandaraya Kota Kinabalu, hotel ini menawarkan aksesibiliti terbaik ke pusat komersial, tarikan pelancongan, pejabat agensi kerajaan di sekitar ibu negeri Sabah itu.

Hyatt Centric Kota Kinabalu Kini Dibuka, Pertama di Asia Tenggara !
Kredit : Business Wire

Selain itu, hotel ini menawarkan pemandangan yang indah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Taman Marin Tunku Abdul Rahman dan Laut China Selatan.

Baru sahaja dibuka sejak 20 Oktober lalu, anda boleh dapatkan promosi diskaun untuk menginap sempena pembukaan disini : https://www.hyatt.com/.../hyatt-centric-kota-kinabalu/bkict

Hyatt Centric Kota Kinabalu Kini Dibuka, Pertama di Asia Tenggara !
Kredit : Business Wire

?Hyatt Centric Kota Kinabalu, 18, Jln Haji Saman, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram