lot 24952, jalan pekan selasa lama, sungai hj dorani, 45300 sungai besar, selangor

Inap Desa Chengal Emas, Homestay Baru Tawar Pemandangan Padi di Sungai Besar

Tag:
Dikemas Kini: 7 September 2022
Surga Route

Sekarang ramai yang menyukai penginapan bertemakan homestay. Yelah, harganya lebih murah berbanding hotel dan boleh memuatkan tetamu yang ramai.

Homestay atau inap desa sekarang pula bukan lagi macam dulu. Dah banyak homestay-homestay walaupun di kampung tetapi mempunyai kolam renang. Lagi seronok mandi di homestay sebab tak perlu bercampur dengan tetamu lain seperti di hotel.

Salah satu lokasi tumpuan untuk orang ramai menginap homestay adalah di sekitar Sungai Besar dan Sekinchan sebabnya hanya 1 jam perjalanan dari KL pun dah boleh jumpa kawasan kampung dan jelapang padi yang indah dan menenangkan. Paling menjadi tumpuan adalah di waktu padi mula menghijau.

Inap Desa Chengal Emas

Hari ini kami nak kongsikan berkenaan salah satu homestay terbaru di Sungai Besar yang dikelilingi sawah padi dan mempunyai kolam renang,

Ini adalah Inap Desa Chengal Emas yang terletak di Parit 3, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor.

Kapasiti

Homestay ini dapat memuatkan maksimum 10 orang dengan 3 bilik tidur berkipas siling dan berhawa dingin.

Kemudahan & Kelengkapan

Selain itu, terdapat 2 bilik air beserta shower heater disediakan. Kalau tak puas mandi di bilik air, boleh terjun ke kolam renang di luar yang menawarkan pemandangan sawah padi. Kolam renang ini berkeluasan 8x14 kaki.

Untuk memasak, kemudahan dapur memasak, peti ais, pemanas air elektrik dan pit BBQ pun ada. Selain itu, kelengkapan lain yang turut disediakan adalah seterika berserta board, telekung/sejadah, tuala, peralatan mandian, televisyen dan kemudahan internet WiFii.

Lokasi Yang Strategik

Lokasi homestay ini sangat strategik kerana ianya terletak berdekatan beberapa tarikan utama di sekitar Sungai Besar. Dari homestay ini, anda perlu mengambil masa selama 2 minit untuk ke Laman Choco, 2 minit untuk ke Laman Tebu Aidil, 7 minit ke pekan Sungai Besar dan 22 minit ke Pusat Konservasi Kelip-Kelip Sg. Panjang.

Harga

Kadar penginapan disini adalah RM500 per malam.

Pertanyaan Lanjut & Tempahan

Untuk pertanyaan dan tempahan sila klik :

Whatsapp : http://www.wasap.my/60173776061/InapDesaChengalEmas
Facebook : https://www.facebook.com/inapdesachengalemas
Telefon : 017-3776061

Alamat & Lokasi

📍Lot 24952, Jalan Pekan Selasa Lama, Sungai Hj Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor

5 1 vote
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram