genting dream cruise

Ingatkan Mahal ! Rupanya Anda Boleh Naik Genting Dream Cruise Yang Tular Dengan Hanya RM599

Dikemas Kini: 15 September 2022
Surga Route

Sejak dua menjak ini tular berkenaan kapal persiaran mewah milik Resort World iaitu kapal Genting Dream. Kapal tersebut membuat perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Singapura.

Memang ramai selebriti media sosial memuatnaik video-video mereka menaiki kapal persiaran tersebut. Mula-mula ingatkan kita dapat tengok saja sebab tambangnya mahal.

Rupanya selepas kami semak, semua orang pun sebenarnya mampu untuk menaiki kapal persiaran Genting Dream disebabkan harga pakej yang ditawarkan adalah serendah RM599 sahaja per dewasa !

Fuh, tak sangka betul. Silap-silap lagi murah dari bayaran bulanan kenderaan anda. Kan ?

Selain itu ada juga harga-harga lain bergantung kepada pakej atau jenis bilik yang anda pilih. Ini adalah antara pakej yang anda boleh pilih :

Pakej Genting Dream Cruise

Pakej A – 3H2M

  • Hari Berlepas: Setiap Khamis
  • Waktu Berlepas & Pulang: Berlepas 08:00pm & Ketibaan 08:00a.m.
  • Laluan: Pelabuhan Klang > Singapura > Pelabuhan Klang

Pakej B – 3H2M

  • Hari Berlepas : Setiap Sabtu
  • Waktu Berlepas & Pulang: Berlepas 11:30am & Ketibaan 08:00a.m.
  • Laluan: Pelabuhan Klang > Singapura > Pelabuhan Klang

Pakej C – 4H3M

  • Hari Berlepas : Setiap Isnin
  • Waktu Berlepas & Pulang: Berlepas 04:00pm & Ketibaan 10:00a.m.
  • Laluan: Pelabuhan Klang > Pulau Pinang > Singapura > Pelabuhan Klang

Memang seronok naik kapal persiaran ni sebab dapat pergi banyak tempat tanpa penat nak kemas dan angkut beg banyak kali.

Bilik-bilik disini pula selesa sampai ada jenis bilik yang mengalahkan hotel 5 bintang. Antara unit penginapan disini adalah Interior Staterooms, Oceanview Staterooms, Balcony Staterooms, dan The Palace, yang siap ada perkhidmatan butler 24 jam.

Ingatkan Mahal ! Rupanya Anda Boleh Naik  Genting Dream Cruise Yang Tular Dengan Hanya RM599
Balcony Staterooms. Kredit : Klook

The Palace. Kredit : Klook

Pelbagai aktiviti boleh anda lakukan disini daripada permainan dewasa dan ekstrem sehinggalah aktiviti hiburan dan permainan bersifat mesra keluarga. Antara kemudahan disini adalah kolam renang dengan gelongsor air, bowling, snuker, karaoke,

Ingatkan Mahal ! Rupanya Anda Boleh Naik  Genting Dream Cruise Yang Tular Dengan Hanya RM599
Kredit : Klook
Ingatkan Mahal ! Rupanya Anda Boleh Naik  Genting Dream Cruise Yang Tular Dengan Hanya RM599
Kredit : Klook

Senang cerita memang best lah. Bilik macam hotel, destinasi yang dituju pun menarik, dalam perjalanan pula banyak sangat kemudahan dan fasiliti hiburan untuk kita. Semua itu hanya pada satu harga. Hah, apa lagi, jom tempah !

Tempahan Genting Dream Cruise

Kalau anda berminat untuk membuat tempahan atau tengok-tengok harga pakej, boleh klik pautan ini

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram