Hanya 1 jam sahaja pemanduan daripada Kuala Lumpur, anda boleh sampai ke satu kawasan yang seolah-olah perkampungan bangsawan Melayu dahulu.



Kemudian, jamu selera dengan hidangan tradisional Melayu dan ditemani landskap hijau.





Gabungan makanan tradisional, persekitaran antik dan landskap menghijau memang cukup memberikan anda satu pengalaman unik disini.





Untuk sarapan, mereka mengadakan buffet bermula jam 8 pagi sehingga 11 pagi, setiap Jumaat - Ahad. Memang best dan tak sama macam buffet di hotel-hotel. Kebanyakan menu di hotel adalah menu barat, tapi disini boleh dapat menu kampung yang 'rare'.
Caj dikenakan adalah RM 30 dewasa, RM 20 kanak-kanak. Tempahan perlu dilakukan, tiada 'walk-in' diterima. Antara menu sarapan pagi adalah :

- 𝙉𝙖𝙨𝙞 𝙇𝙚𝙢𝙖𝙠 𝙇𝙚𝙢𝙪𝙣𝙞
- 𝘽𝙪𝙗𝙪𝙧 𝙉𝙖𝙨𝙞
- 𝙈𝙚𝙚 𝙎𝙪𝙥
- 𝙈𝙚𝙚 /𝙆𝙪𝙚𝙬 𝙏𝙚𝙤𝙬 𝙂𝙤𝙧𝙚𝙣𝙜
- 𝙆𝙚𝙩𝙪𝙥𝙖𝙩 𝙋𝙖𝙡𝙖𝙨 + 𝙍𝙚𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜
- 𝙉𝙖𝙨𝙞 𝙄𝙢𝙥𝙞𝙩 + 𝙆𝙪𝙖𝙝 𝙆𝙖𝙘𝙖𝙣𝙜
- 𝙋𝙪𝙡𝙪𝙩 𝙆𝙪𝙣𝙞𝙣𝙜 + 𝙍𝙚𝙣𝙙𝙖𝙣𝙜
- 𝙋𝙪𝙡𝙪𝙩 𝙆𝙪𝙠𝙪𝙨 + 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙥𝙖 + 𝙄𝙠𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜
- 𝙍𝙤𝙩𝙞 𝘾𝙖𝙣𝙖𝙞
- 𝙍𝙤𝙥𝙖 @ 𝙈𝙪𝙧𝙩𝙖𝙗𝙖𝙠 𝙏𝙧𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙣𝙪
- 𝙆𝙖𝙮𝙪 𝙆𝙚𝙧𝙖𝙢𝙖𝙩
- 𝘼𝙥𝙖𝙢 𝘽𝙚𝙧𝙖𝙨
- 𝘼𝙥𝙖𝙢 𝙂𝙪𝙡𝙖 𝙈𝙚𝙡𝙖𝙠𝙖
- 𝙆𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙥 𝙄𝙠𝙖𝙣
- 𝙐𝙗𝙞 𝙍𝙚𝙗𝙪𝙨 + 𝙆𝙚𝙡𝙖𝙥𝙖 + 𝙎𝙖𝙢𝙗𝙖𝙡 𝙏𝙪𝙢𝙞𝙨
- 𝙆𝙚𝙡𝙚𝙙𝙚𝙠 𝙍𝙚𝙗𝙪𝙨
- 𝘽𝙪𝙖𝙝-𝘽𝙪𝙖𝙝𝙖𝙣
- 𝘼𝙞𝙧 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙏𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜
- 𝘼𝙞𝙧 𝙈𝙖𝙧𝙠𝙞𝙨𝙖
- 𝙆𝙤𝙥𝙞 𝙏𝙖𝙣𝙖𝙠
- 𝙏𝙚𝙝
Makan tengahari pula, anda boleh pilih mengikut selera anda. Yang pastinya lauk-lauk tradisional. Tempahan juga ya. Jangan datang macam pergi kedai nasi campur biasa pula. Kempunan nanti.




Kafe ini hanya dibuka Jumaat sehingga ahad sahaja. Jadi tak boleh nak pergi waktu hari bekerja ya.
Untuk ke sini, dari Lebuhraya Karak sila gunakan exit ke 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐓𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 pandu terus menuju ke Janda Baik dan Istana Lemuni.
Alamat
Lemuni Cafe @ Istana Lemuni, Lot 9756, Kg Chemperoh, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang