ini dia top 32 parfait s

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi !

Dikemas Kini: 27 Julai 2022
Surga Route

Bukit Bintang, siapa yang tak tahu dengan jantung Bandaraya Kuala Lumpur ini. Terkenal dengan pelbagai kompleks membeli-belah dan suasanya ibarat Orchard Road di Singapura, Times Square di New York atau Shibuya di Tokyo.

Jangan tak tahu, Bukit Bintang juga sebenarnya adalah salah satu syurga makanan di Kuala Lumpur. Sini kami kongsikan 10 tempat terbaik untuk anda food hunting di Bukit Bintang !

Nasi Kahwin Hari-hari

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Dibuka seawal jam 10:30 pagi sehingga jam 5:00 petang dari hari Isnin hingga Sabtu, Nasi Kahwin Hari-Hari ini menawarkan 3 jenis menu lauk iaitu Ayam Madu Dua, Daging Masak Hitam dan juga Ayam Rose Terangkat.

Dihidangkan bersama kuah dalca utara,acar timun dan papadom, rasa nasi hujan panasnya yang cukup rasa benar-benar menggamit selera. Dengan harga RM9.00 satu set lengkap, didatangkan pula dengan air kenduri 'free flow', memang cukup berbaloi!

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Nak tambah lauk pun boleh, anda akan dikenakan RM6 untuk setiap tambahan lauk, manakala papadom dijual pada harga RM1. Katanya setiap jumaat ada sedikit menu tambahan.

Untuk ke sini, anda perlu ke Jalan Berangan iaitu di jalan yang sama dengan kedai viral Kunafa Crisp. Jika anda menggunakan pengangkutan awam MRT, anda perlu mencari pintu keluar F untuk mudah sampai ke sini.

  • No 8, Jalan Berangan, 50200, Bukit, Bintang Kuala Lumpur.
  • 10:30 AM - 5:30 PM (Isnin-Sabtu)

32 Parfait

Ini adalah jenama aiskrim yang berasal dari Myeongdong di Korea Selatan. Ketinggian aiskrim ini adalah 32 Centimeter, sebab itulah namanya 32 parfait. Kira-kira 3 kali ganda lebih tinggi daripada aiskrim biasa.

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Untuk mendapatkan aiskrim ini, kiosk mereka terletak di sisi pintu masuk kompleks membeli-belah Lot 10 berhampiran kiosk jualan ubi keledek Don Don Donki.

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Dijual pada harga RM15, anda boleh dapatkan aiskrim ini dengan pelbagai perisa pilihan seperti vanilla, coklat, strawberi, mangga, yogurt, blueberry, greentea ataupun campuran.

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai
  • G12-1, ground floor, Lot 10, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur.
  • 10 AM - 10 PM

Don Don Donki Wagyu Skewer

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Siapa tak menyukai daging bakar ? dan siapa pula tak menyukai daging wagyu iaitu daging paling premium di dunia ? Macamana kalau kedua-dua ini digabungkan. Daging wagyu bakar ! Memang sedap kann ! Lalu saja kawasan jualan pun dah dapat hidu aroma.

Daging wagyu yang digunakan adalah halal dan mendapat sijil pengesahan sembelihan yaa. Jangan risau ! Memang boleh makan.

Kiosk mereka terletak di bahagian luar kompleks membeli-belah Lot 10, berdekatan dengan pintu keluar MRT.

Kami rasa inilah antara jualan daging Wagyu gred A5 paling murah sebab satu cucuk dijual pada harga hanya RM15.80 !

  • Ground Floor, Lot 10, Shopping Centre, G8-G11, 50, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang.
  • 10 AM - 12 AM

Kunafa Crisp

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Kebelakangan ini rakyat Malaysia suka betul menjamah Kunafa ya. Kunafa ini sebenarnya adalah satu pencuci mulut tradisional Timur Tengah. Cara pembuatan dan bahannya berbeza mengikut kawasan. Sebagai contoh, Turki ada versi Kunafa sendiri, Palestin, Arab Saudi, Mesir, Jordan dan lain-lain pun ada juga sedikit 'twist' dalam penyediaan Kunafa. Tetapi asasnya lebih kurang sama.

Kalau di Kunafa Crisp ini kami pun tak berapa pasti mengikut Kunafa negara mana sebab belum sempat merasa. Maklumlah, untuk dapatkan Kunafa Crisp ini anda perlu beratur panjang ya ! Jadi kuatkan mental dan pastikan kenyangkan perut dahulu baru beratur. Nanti waktu beli akan lapar balik. Kalau waktu lapar tu beratur, habislah perut meragam nanti.

  • 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • 2 PM - 2 AM

Halab gate Shawarma

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Antara beberapa restoran arab yang menjual shawarma di Bukit Bintang ini, Halab Gate adalah antara restoran yang wajib anda cuba.

  • 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • 10 AM - 4 AM

Boleh Seafood Pot

Di Jalan Alor Bukit Bintang, ada juga beberapa restoran yang mesra Muslim. Antaranya adalah Boleh Seafood Pot.

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Tengok sahaja cara hidangan mereka, memang penuh satu meja. Makanan laut di sini seperti sotong, tiram, udang, lobster dan lala memang dijamin masih fresh dan isinya juga besar. Confirm berbaloi lah kalau anda makan di sini.

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Selain daripada hotpot, anda juga boleh memesan makanan bergoreng seperti baby crab. Dan untuk pilihan menu utama pula, anda boleh memilih sama ada henda makan bersama nasi atau maggi.

Yang bestnya, anda juga boleh memilih level kepedasan mengikut selera anda tau! Kalau anda jenis tahan dengan makanan pedas, boleh lah pilih level tinggi sikit.

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai
Kredit : Twitter @Hunain_

Haa, nampak menarik kan restoran ni? Kalau tak menarik takdelah restoran ini viral kan. Jadi kepada anda yang nak try makan di Boleh Seafood Pot ni, anda digalakkan untuk datang awal kerana takut ramai pula.

  • 69, Jln Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • 3 PM - 1:30 AM

Damacsus Shawarma

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Ini lawan kepada Halab Gate. Ada yang kata di Damascus lebih sedap, ada yang kata Halab Gate lebih sedap. Ikut selera masing-masing. Tapi kalau anda peminat shawarma mungkin boleh beli dari dua-dua kedai dan nilaikan sendiri.

Ada dua-tiga juga restoran Shawarma ini di kawasan Bukit Bintang, tapi kesemuanya mudah dicari sebab tepi jalan besar saja.

  • 11 AM - 11 PM

Nasi Ayam Hainan Chee Meng

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Kalau anda peminat nasi ayam hainan macam di restoran The Chicken Rice Shop itu, anda perlu ke Nasi Ayam Hainan Chee Meng sebab bagi kami nasi ayam di sini lebih sedap !

Jangan risau ya, restoran ini telah wujud lama dan mendapat pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

  • 50, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
  • 11 AM - 8 PM

Dubai (Food Republic Pavilion)

Ini dia Top 10 Lokasi 'Viral' Untuk Food Hunting di Bukit Bintang Yang Wajib Anda Pergi ! Nasi Kahwin Hari Hari 32 Parfait Shawarma Halab Gate Damascus Kunafa Crisp Nasi Ayam Chee Meng Don Don Donki Wagyu Skewer Boleh Seafood Pot Dubai

Di dalam kompleks membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur, anda boleh ke Level 1. Anda akan menjumpai sebuah medan selera 'Food Republic'. Macam-macam makanan ada dari menu tempatan sehingga menu barat.

Tapi paling viral sekali di TikTok baru-baru ini adalah sebuah 'stall' dengan nama Dubai. Mereka menjual Kunafa dan pelbagai manisan Timur Tengah yang patut anda cuba !

  • Pavillion Kuala Lumpur, P1.20.00, 168, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  • 10 AM - 10 PM

Macamana dengan senarai ini ? Okay tak ? Apa lagi, hujung minggu ada bila-bila masa kelapangan jomlah jelajah dan memburu makanan di Bukit Bintang !

3.7 3 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram