surau bergerak dbkl

Inisiatif Terbaik ! DBKL Perkenal Surau Bergerak Mudahkan Urusan Ummah Di Waktu Acara

Tag:
Dikemas Kini: 3 Oktober 2022
Surga Route

Selalunya kalau kita pergi ke program-program yang diadakan di kawasan terbuka, mungkin kita menghadapi sedikit kesulitan untuk menunaikan solat.

Inisiatif Terbaik ! DBKL Perkenal Surau Bergerak Mudahkan Urusan Ummah Di Waktu Acara
Kredit : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menyedari perkara tersebut, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengubah suai satu unit pejabat bergeraknya sebagai surau bergerak bagi memudahkan pengunjung program luar di sekitar ibu negara bagi mendirikan kewajipan solat fardhu.

Inisiatif Terbaik ! DBKL Perkenal Surau Bergerak Mudahkan Urusan Ummah Di Waktu Acara
Kredit : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Surau bergerak menggunakan lori seberat 10 tan itu dilengkapi dengan penghawa dingin serta tempat wuduk dengan kapasiti tangki air 900 liter yang mampu menampung keperluan 600 jemaah.

Pada satu-satu masa, surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori.

Inisiatif Terbaik ! DBKL Perkenal Surau Bergerak Mudahkan Urusan Ummah Di Waktu Acara
Kredit : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.

Surau bergerak ini boleh diparkir di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ditutup kepada kenderaan pada setiap Ahad atau lain-lain tempat yang mempunyai bilangan pengunjung yang tinggi agar ia dapat dimanfaatkan sebaiknya.

5 1 vote
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram