mh2664

Insiden MH2664: CAAM arah MAB laksana 5 perkara

Dikemas Kini: 25 Jun 2022
Surga Route

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengarahkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk segera melaksanakan lima keperluan berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Tawau yang dilaporkan menjunam seketika sebelum berpatah balik ke ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, CAAM memaklumkan lima perkara itu penting bagi mengekalkan pengawasan keselamatan yang lebih berkesan.

• Meningkatkan program Upset Prevention and Recovery Training (UPRT) oleh MAB untuk memberi penekanan terhadap tindakan awal dan masa yang diambil untuk bertindak balas terhadap sesuatu isu. Perkara ini merupakan mandat CAAM kepada semua operator pesawat komersial.

• Mengeluarkan Memo Keselamatan yang dipertingkatkan untuk mewajibkan keperluan bagi tindakan awal yang lebih baik, tindak balas dan pengukuhan pematuhan kepada senarai semak pemulihan tidak normal.

• Menyemak analisis dari pengeluar pesawat, The Boeing Company mengenai sebab dan punca kegagalan dan penyelesaian dengan tindakan pemulihan yang dipertingkatkan bagi menambah baik program penyelenggaraan.

• Membuat semakan dengan CAAM mengenai laporan kebolehpercayaan untuk memberi tumpuan kepada laporan kesalahan serupa bagi isu dalam pesawat yang direkodkan bagi semua pesawat jenis Boeing 737-800.

• Menyiapkan pemeriksaan Pitot Static yang merangkumi semua disiplin termasuk ujian pemanasan dan rintangan ke atas semua pesawat Malaysia Aviation Group (MAG) Boeing 737-800.

Dalam kenyataan yang sama, CAAM mengesahkan laporan awal daripada Perakam Data Penerbangan (FDR) menunjukkan insiden itu berpunca daripada isu teknikal, iaitu kerosakan pada sistem pitot-static yang menghasilkan petunjuk kelajuan tidak tepat dalam pesawat, menyebabkan pesawat menaik dan menyahaktifkan fungsi autopilot.

"Berdasarkan laporan awal yang diambil dari Flight Data Recorder (FDR) terdapat isu teknikal yang berlaku semasa penerbangan tersebut yang berpunca daripada sistem Pitot-Static yang tidak berfungsi. Ia merupakan sistem pengukur tekanan bagi menentukan kelajuan angin dan altitud.

"Kegagalan sistem tersebut berfungsi telah menyebabkan penunjuk kelajuan tidak tepat hingga mengakibatkan pesawat menaik serta menyahaktifkan fungsi autopilot.

"Bagi mengatasi isu itu, juruterbang segera bertindak untuk mengambil alih kawalan terhadap pesawat tersebut. Ini penting bagi memastikan pesawat kekal berada dalam kawalan juruterbang berdasarkan indikator tepat yang masih ada serta menggunakan instrumen yang masih berfungsi.

"Semasa proses mengambil alih kawalan pesawat, data keselamatan menunjukkan input perubahan mendadak pada pecutan dan altitud.

"Ini selari dengan laporan juruterbang serta laporan dari penumpang-penumpang dalam pesawat," kata Datuk Chester Voo, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM.

CAAM juga memaklumkan tindakan awal kru penerbangan dan pelaksanaan senarai semak pemulihan yang tidak normal mengikut prosedur operasi standard adalah mencukupi berdasarkan siasatan terhadap laporan awal dan berdasarkan FDR.

3 April lalu, pesawat MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau dilaporkan mengalami masalah teknikal dan menjunam seketika sebelum berpatah balik ke KLIA.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram