Jalan Temiang-Pantai Bukan Lokasi Pelancongan. JPJ Bakal Perketat Kawalan

Dikemas Kini: 16 Februari 2022
Surga Route

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 48 saman kepada pengguna jalan raya yang bertindak memberhentikan kenderaan di Jalan Temiang-Pantai yang sebelum ini tular kerana kecantikannya untuk tujuan bergambar dan berkumpul.

Laluan baharu FT366 Jalan Temiang - Pantai kini dibuka | Careta

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, majoriti kesalahan yang dilakukan daripada jumlah saman tersebut adalah meletakkan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan untuk tujuan berkumpul dan bergambar.

Tambahnya, tidaklah menjadi satu kesalahan untuk mengambil gambar namun tindakan meletakkan kenderaan di bahu jalan dan lorong kecemasan sehingga mengganggu lalu lintas boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain serta boleh mengundang kemalangan.

“Itu sebenarnya Jalan Persekutuan bukannya lebuh raya, mungkin sebab pemandangan di sepanjang laluan itu menarik menyebabkan ramai yang berhenti untuk mengambil gambar,” katanya.

Selain itu, aktiviti berbasikal dan jogging dibenarkan di laluan tersebut selagi ia tidak mengganggu kelancaran trafik serta tidak membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.

Temiang
Sumber : Carlist

Dalam pada itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperketatkan pemantauan di laluan Temiang-Pantai itu terutama pada hari cuti dan hari minggu bagi memastikan tiada pengguna berhenti di lorong kecemasan untuk bergambar lebih-lebih lagi dalam jumlah kenderaan yang banyak.

JPJ turut menjangkakan lebih ramai akan berkunjung ke lokasi berkenaan selepas tular di media sosial kerana pemandangannya yang menarik sehingga diberi jolokan sebagai ‘New Zealand’ Malaysia.

Bagi yang tidak tahu, tindakan memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan tanpa alasan yang munasabah adalah satu kesalahan dan tindakan akan diambil mengikut Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 di mana tiada kenderaan boleh diletak di mana-mana lorong kecemasan kecuali kes kecemasan.

Temiang

Bagi kesalahan itu, denda boleh dikenakan kepada pemandu tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak berkuasa Negeri Sembilan juga menasihati pengguna jalan raya lain tidak kira dari negeri itu mahupun dari luar negeri yang melalui kawasan itu supaya mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan supaya tidak menimbulkan kesukaran dan membahayakan pengguna lain.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram