Jemaah yang ditangguhkan umrah oleh kerajaan kerana kebimbangan varian Omicron Covid-19 bakal menerima bayaran saguhati sebanyak RM1,671 bagi setiap seorang.

Jemaah Yang Ditangguhkan Umrah Bakal Terima Saguhati RM1,671

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, bayaran saguhati berkenaan akan dikreditkan kepada akaun simpanan Tabung Haji (TH) jemaah umrah, bermula 18 Februari 2022.

Jemaah Yang Ditangguhkan Umrah Bakal Terima Saguhati RM1,671
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad

"Berdasarkan mesyuarat terkini yang diadakan antara Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Kementerian Kewangan dan Tabung Haji, saya bersetuju agar pembayaran saguhati hanya dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH para jemaah umrah bagi memudahkan urusan.

"MOTAC telah menyerahkan senarai nama sebanyak 8,027 jemaah umrah yang terkesan dan layak menerima saguhati kepada TH.

"Pengkreditan terus saguhati sebanyak RM1,671 seorang ke dalam akaun simpanan TH akan dibuat pada Jumaat, 18 Februari," katanya

Beliau bagaimanapun berkata, daripada jumlah tersebut, pihak TH mendapati seramai hampir 1,000 jemaah umrah masih belum mempunyai akaun simpanan TH.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua jemaah umrah yang masih belum mempunyai akaun simpanan TH diminta untuk membuka akaun tersebut sebelum 18 Februari.

"Jemaah umrah boleh melayari www.thijari.com.my untuk membuka akaun simpanan TH secara dalam talian dan hadir ke kaunter TH terdekat bagi proses pengaktifan akaun secara biometrik.

THiJARI

"Bagi mereka yang mempunyai kesukaran untuk mendaftar secara atas talian, boleh terus ke cawangan TH terdekat untuk tujuan pendaftaran dan akan dibantu sebaiknya oleh semua kakitangan di cawangan-cawangan TH," katanya.

Menurut Idris, jemaah yang terkesan akan dilayan dengan serta-merta tanpa perlu beratur dan menunggu lama.

"Saya juga telah memaklumkan kepada pihak TH supaya segala tuntutan pembayaran akan dipermudahkan semaksimanya supaya tidak berlaku kesulitan yang besar terhadap tuntutan," katanya.

Pada 1 Januari lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, perjalanan umrah untuk rakyat Malaysia akan digantung sementara mulai 8 Januari, mankala jemaah yang pulang dari Arab Saudi pula akan dikenakan kuarantin wajib di pusat yang ditetapkan, bermula 3 Januari.

Jelas Khairy, keputusan itu dibuat kerana kebimbangan terhadap varian Omicron Covid-19 dan penjualan tiket untuk jemaah umrah baharu akan digantung mulai 1 Januari.

Kerajaan kemudian membenarkan umat Islam kembali mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari.

0 0 votes
Article Rating
Categories:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Selamat Datang ke Surga Route. Kami suka berkongsi pengalaman menjelajah seluruh dunia.
17 May 2022
Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya

Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]

Selanjutnya
13 May 2022
MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal

Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]

Selanjutnya
13 May 2022
Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]

Selanjutnya
12 May 2022
Silverlakes Village Outlet Bakal Dibuka di Batu Gajah, Perak. Hanya 30 Minit Dari Bandaraya Ipoh !

Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]

Selanjutnya
12 May 2022
Kafe Belibis Tawar Pengalaman Unik Makan Dalam Koc Keretapi di Pekan, Pahang

Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]

Selanjutnya
cross
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram