sambutan kemerdekaan johor

Johor Sambut Hari Kebangsaan ke-65 Secara Besar-Besaran. Ini Lokasi Yang Anda Boleh Pergi

Tag:
Dikemas Kini: 28 Ogos 2022
Surga Route

Selepas dua tahun sambutan hari kebangsaan tidak dilaksanakan disebabkan pandemik Covid-19, sambutan hari kebangsaan ke-65 pada tahun ini akan disambut secara besar-besaran dan penuh kemeriahan bagi peringkat negeri Johor.

Untuk anda yang nak menyambut secara langsung, boleh datang ke Dataran Iskandar Puteri yang akan menjadi venue acara ambang kemerdekaan pada 30 Ogos manakala acara perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2022.

image 25 150
Dataran Iskandar Puteri. Kredit : SR Architects

Selain itu, pelbagai program telah dilakukan Jabatan Penerangan Negeri Johor. Antaranya ialah program kibaran jalur gemilang secara bergerak yang melalui tujuh daerah di negeri Johor sehinggalah hari kemuncak sambutan hari kemerdekaan

Norlizah berkata, Jabatan Penerangan Negeri Johor turut menggalakkan penganjuran pertandingan menghias jalur gemilang di peringkat Komuniti dan sekolah bagi menghangatkan sambutan hari kemerdekaan tahun ini.

Semoga sambutan hari kebangsaan yang ke-65 ini dapat meniupkan semangat patriotik selain menguatkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang bertuah.

3 2 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram