Tak perlu ke Sabah lagi, Jollibee Sunway Pyramid Akhirnya Dibuka 8 Februari 2022

Dikemas Kini: 19 Februari 2022
Surga Route
Tak perlu ke Sabah lagi, Jollibee Sunway Pyramid Akhirnya Dibuka 8 Februari 2022
Kredit : Sunway Pyramid

Restoran makanan segera ikonik Filipina, Jollibee mempunyai sekitar 1,500 cawangan di serata dunia. Sebelum ini mereka telah meluaskan sayap mereka dengan membuka cawangan pertama mereka di Malaysia bertempat di kompleks membeli-belah Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah pada 2018.

Ramai juga tertunggu-tunggu bila lagi Jollibee mahu membuka cawangan seterusnya. Rupanya, tahun selepas 4 tahun baru ada berita mengenai Jollibee masuk ke Semenanjung Malaysia.

Sekarang, peminat makanan segera ini yang berada di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan Lembah Klang boleh juga menikmati keunikan rasa Jollibee ini apabila restoran makanan segera ini telah membuka secara rasmi cawangan mereka di kompleks membeli-belah Sunway Pyramid.

Tak perlu ke Sabah lagi, Jollibee Sunway Pyramid Akhirnya Dibuka 8 Februari 2022

Kalau anda nak mencari Jollibee Sunway Pyramid, mereka berada di Lot LG2-126A, Blue Atrium, tingkat LG2 berhampiran restoran 4Fingers dan Seoul Garden.

Mungkin ramai juga yang masih belum familiar dengan Jollibee dan tertanya-tanya apakah menu mereka sampai boleh buka 1,500 cawangan di serata dunia kan?

Jika di Filipina, rangkaian makanan segera yang lain memang tak boleh lawan Jollibee. Sebagai contoh, terdapat 1150 cawangan Jollibee di Filipina manakala hanya ada 329 outlet Kentucky Fried Chicken (KFC) di negara tersebut.

Salah satu sebabnya adalah menu utama mereka iaitu set ayam goreng Chickenjoy hadir bersama sos gravy yang tersendiri. Chickenjoy ini diperap dengan resepi rahsia dan disalut dengan tepung untuk luaran yang rangup dan isi yang lembut dan juicy. 

Tak perlu ke Sabah lagi, Jollibee Sunway Pyramid Akhirnya Dibuka 8 Februari 2022
Kredit : Sunway Pyramid

Selain itu, anda juga boleh cuba Jolly Spaghetti iaitu masakan pasta bersama kuah Istimewa dan potongan sosej daging dan sedikit keju, yang cukup popular dalam kalangan kanak-kanak.

Manakala dari sudut harga makanan pula, ianya boleh dikatakan hampir sama dengan harga menu di restoran fast food yang lain.

Okay, jom kita cuba ke Jollibee Sunway Pyramid !

Lokasi

Jollibee Sunway Pyramid, Lot LG2-126A, Blue Atrium, Sunway Pyramid, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram