malaysia airlines tawar diskaun penerbangan sempena pilihanraya

Jom Balik Mengundi ! Malaysia Airlines & Firefly Beri Diskaun 20% Sempena Pilihanraya ke-15

Dikemas Kini: 2 November 2022
Surga Route

Susulan pengumuman Pilihan Raya Umum Ke-15 Malaysia (PRU15), Malaysia Airlines dan FireFly melancarkan kempen "Jom Balik Mengundi" yang menawarkan tambang diskaun sehingga 20% untuk memudahkan pergerakan pengundi melalui pengangkutan udara.

Bagi promosi ini, tempahan boleh mula dibuat bermula 20 Oktober 2022 hingga 19 November 2022 untuk perjalanan dari 11 hingga 27 November 2022.

Jom Balik Mengundi ! Malaysia Airlines & Firefly Beri Diskaun 20% Sempena Pilihanraya ke-15

Tambah Kekerapan Penerbangan

Malaysia Airlines juga akan menambah 26 penerbangan dan menaik taraf 16 perkhidmatan domestik kepada pesawat A330 yang lebih besar untuk menampung lonjakan permintaan ke beberapa laluan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Promosi diskaun 20% terpakai untuk semua kategori tambang yang terdiri daripada Lite, Basic dan Flex untuk Kelas Ekonomi serta Basuc dan Flex untuk Kelas Perniagaan dan boleh ditempah melalui laman web Malaysia Airlines.

Jom Balik Mengundi ! Malaysia Airlines & Firefly Beri Diskaun 20% Sempena Pilihanraya ke-15

Sementara itu, Firefly Airlines akan menambah sehingga 70 penerbangan dari Subang dan Pulau Pinang ke laluan domestik terpilih dari 17 November hingga 20 November 2022 dengan tambang diskaun 24% dan 10% untuk penerbangan kendalian jet dan ATR. Tiket sudah boleh ditempah bermula 20 Oktober hingga 24 Oktober 2022 untuk perjalanan dari 1 November 2022 hingga 30 Jun 2023.

Pelanggan MASwings yang dalam perjalanan dari Miri ke Mulu, Sandakan ke Lahad Datu, dan Bintulu ke Sibu akan dapat menempah penerbangan mereka bermula dari RM135 untuk tambang sehala.

Butiran kekerapan tambahan dan naik taraf pesawat untuk penerbangan Malaysia Airlines adalah seperti berikut:

Jom Balik Mengundi ! Malaysia Airlines & Firefly Beri Diskaun 20% Sempena Pilihanraya ke-15
Jom Balik Mengundi ! Malaysia Airlines & Firefly Beri Diskaun 20% Sempena Pilihanraya ke-15

Istimewa Untuk Pelajar

Jika anda merupakan pelajar yang mempunyai keahlian MHExplorer, harga tiket penerbangan yang lebih istimewa akan diberikan untuk anda.

Dapatkan diskaun sehingga 30%, tambahan bagasi seberat 10 Kilogram serta fleksibiliti untuk menukar tarikh penerbangan.

Jom Balik Mengundi ! Malaysia Airlines & Firefly Beri Diskaun 20% Sempena Pilihanraya ke-15
5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram