Kafe Kleptokrat

Kafe Kleptokrat : Kafe Vintage di Bangunan Berusia 100 Tahun Dengan Kolam Di Tengahnya !

Dikemas Kini: 6 Mac 2022
Surga Route

Sekarang ni cuaca pun jarang-jarang terlalu panas. Boleh la ambil kesempatan untuk kita makan 'outdoor'. Di tepi kolam pula tu !

Kafe Kleptokrat : Kafe Vintage di Bangunan Berusia 100 Tahun Dengan Kolam Di Tengahnya !

Ini adalah Kafe Kleptokrat , sebuah kafe dengan konsep vintage yang terletak di Jalan H S Lee, Kuala Lumpur. Ia menjadi tumpuan ramai disebabkan bangunannya yang dibina pada 1920 dan dekorasi dalaman yang klasik dan unik.

Kafe Kleptokrat : Kafe Vintage di Bangunan Berusia 100 Tahun Dengan Kolam Di Tengahnya !
Kredit : shelbybisou

Kafe Kleptokrat ni berdekatan dengan Menara Maybank, belakang Hotel Arena. Kalau anda menaiki LRT Laluan Ampang atau pun Kelana Jaya, boleh turun di stesen Masjid Jamek dan kena jalan sedikit.

Kalau naik kenderaan, jangan risau, ada juga tapak letak kenderaan terbuka di hujung jalan. Jadi, tetap kena jalan juga hehe. Kalau nak cari parking betul-betul depan kafe susah sikit sebab agak terhad.

Kafe Kleptokrat : Kafe Vintage di Bangunan Berusia 100 Tahun Dengan Kolam Di Tengahnya !
Kredit : sayanuruls

Kalau tengok sekeliling, bangunan memang nampak lama, macam terbiar, ni uniknya, sebab bangunan ni memang dah lama dibina dan mereka masih mengekalkan ciri bangunan asal tu. Bagus juga kan, sebab tempat ni jadi lebih unik.

Kafe Kleptokrat : Kafe Vintage di Bangunan Berusia 100 Tahun Dengan Kolam Di Tengahnya !

Nak masuk ke cafe ni boleh ikut pintu depan dan belakang. Tapi jika anda suka bergambar, boleh ikut pintu belakang, ada lorong kecik sebelah kedai Timothy, ada signboard tulis ” pintu belakang”.

Kafe Kleptokrat : Kafe Vintage di Bangunan Berusia 100 Tahun Dengan Kolam Di Tengahnya !

Laluan belakang lagi menarik sebab laluan dekat situ, anda boleh nampak ada hiasan mural & art dekat dinding yang anda boleh bergambar dan laluan nak ke cafe tu sangatlah cantik dan menarik. Mesti anda teruja. Jadi, jangan lepaskan peluang ya.

Bila sampai ke dalam Anda boleh naik ke tingkat atas atau duduk di halaman yang mempunyai swimming pool di bawah.

Kafe Kleptokrat : Kafe Vintage di Bangunan Berusia 100 Tahun Dengan Kolam Di Tengahnya !

Menu di sini pula sangat banyak. Antara menu yang sedap di sini adalah Big Breakfast dan Nasi lemak.

Kafe Kleptokrat : Kafe Vintage di Bangunan Berusia 100 Tahun Dengan Kolam Di Tengahnya !

Anda juga kena cuba Cottage Coffee yang berasal dari Australia dan mempunyai sejarah lebih dari 100 tahun !

Kafe Kleptokrat : Kafe Vintage di Bangunan Berusia 100 Tahun Dengan Kolam Di Tengahnya !
Kafe Kleptokrat : Kafe Vintage di Bangunan Berusia 100 Tahun Dengan Kolam Di Tengahnya !

Lokasi

? Kafe Kleptokrat, 18, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram