karnival sukan air putrajaya

Karnival Sukan Air Putrajaya Bakal Berlangsung 30 September Hingga 2 Oktober 2022

Tag:
Dikemas Kini: 6 Oktober 2022
Surga Route

Semakin lama semakin meriah dan pelbagai aktiviti dilaksanakan di Putrajaya. Akan datang pada 30 September, 1 Oktober dan 2 Oktober 2022 ini adalah Karnival Sukan Air Keluarga Malaysia Putrajaya.

Acara tersebut dianjurkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan dan Perbadanan Putrajaya (PPj) dan akan dilangsungkan di Kompleks Sukan Air Putrajaya (KOSA) di Presint 6 Putrajaya.

image 14 37

Menariknya karnival ini, selain daripada pertandingan sukan air peringkat amatur dan profesional , terdapat juga aktiviti sukaneka komuniti yang akan diadakan pada 2 Oktober 2022 sempena Karnival Sukan Air Keluarga Malaysia Putrajaya 2022.

Antara aktiviti individu dan berkumpulan yang disediakan adalah seperti acara Tangkap Itik, Pukul Bantal, Meniti Batang Kelapa, Battle Log, Big Ball Challenge dan Last Man Standing.

image 14 38

Justeru, orang ramai turut dijemput hadir untuk menyertai dan memeriahkan Karnival Sukan Air Keluarga Malaysia Putrajaya 2022.

Lokasi Acara : Kompleks Sukan Air Presint 6
Masa : 8.00 am - 12.00pm
Tarikh : 2 Oktober 2022 (Ahad)

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram