Le Tour de Langkawi ialah perlumbaan basikal berbilang peringkat yang diadakan di Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, dengan objektif untuk meletakkan Malaysia di peta sukan dan pelancongan dunia.

Diadakan sejak 1996, perlumbaan biasanya bermula atau berakhir di Langkawi dan pelumba akan melalui pelbagai mercu tanda utama di Malaysia seperti Genting Highlands, Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, Dataran Merdeka dan pelbagai lagi.


Perlumbaan itu diluluskan oleh Union Cycliste Internationale (UCI) sebagai ProSeries di bawah struktur perlumbaan tiga peringkat UCI dan merupakan antara perlumbaan terbesar di Asia. Perlumbaan kerap menarik pasukan terbaik dari seluruh dunia serta pasukan kebangsaan dari beberapa negara Eropah dan Asia.
Sehingga kini, acara yang telah memasuki edisi ke-26 itu dianggap sebagai acara berbasikal paling berprestij di Asia Tenggara, malah antara yang terbaik di peringkat Asia.
Buat peminat-peminat acara sukan berbasikal ini, kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 kini kembali menemui anda bermula 11 hingga 18 Oktober 2022.

Pasukan Bertanding Le Tour de Langkawi 2022
22 pasukan akan bertanding pada edisi kali ini terdiri daripada 6 pasukan Jelajah Dunia, 4 pasukan Pro Benua dan 12 pasukan Pro Benua Tempatan.
Enam pasukan Jelajah Dunia tersebut adalah UAE Team Emirates (UAE), Cofidis (Perancis), Lotto Soudal (Belgium), EF Education EasyPost (Amerika Syarikat), Movistar (Sepanyol) dan Astana-Qazaqstan (Kazakhstan).


Manakala empat pasukan Pro Benua pula iaitu Drone Harper-Androni Giocattoli (Itali), Uno X-Pro Cycling (Norway), Alpecin-Deceuninck (Belgium) dan Burgos-BH (Sepanyol).

Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC) mengetuai bagi pasukan Pro Benua Tempatan bersama Mula Cycling Team (Indonesia), Roojau Cycling Team (Indonesia), ARA Pro Racing Sunshine Coast (Australia), China Glory Continental Cycling Team (China), ProTouch (Afrika Selatan) dan Kuwait Pro Cycling (Kuwait), Thailand Continental Team (Thailand), Team UKYO (Jepun), 7-Eleven Cliqq Air (Filipina) dan pasukan berbasikal kebangsaan (Malaysia).


Jadual & Laluan Perlumbaan Le Tour de Langkawi 2022
Le Tour de Langkawi yang memasuki edisi ke-26 ini akan berlangsung selama 8 lagi hari ini akan menjelajah negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia bermula dari Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Berikut merupakan peringkat dan laluan yang terlibat :
- Peringkat 1 : Kuala Pilah - Kuala Lumpur , 157.3 Kilometer ( Selasa | 11 Oktober 2022)
- Peringkat 2 : Kuala Klawang - Raub , 178.9 Kilometer ( Rabu | 12 Oktober 2022)
- Peringkat 3 : Putrajaya - Genting Highlands , 123.7 Kilometer ( Khamis | 13 Oktober 2022)
- Peringkat 4 : Sabak Bernam - Meru Raya , 137.9 Kilometer ( Jumaat | 14 Oktober 2022)
- Peringkat 5 : Kuala Kangsar - Kulim , 172.0 Kilometer ( Sabtu | 15 Oktober 2022)
- Peringkat 6 : Georgetown - Alor Setar , 120.4 Kilometer ( Ahad | 16 Oktober 2022)
- Peringkat 7 : Kuah - Gunung Raya, Langkawi , 90.8 Kilometer ( Isnin | 17 Oktober 2022)
- Peringkat 8 : Kuah, Langkawi Loop 115.9 Kilometer ( Selasa | 18 Oktober 2022)

Sepanjang perlumbaan ini, orang ramai boleh datang dan menyaksikan secara dekat aksi perlumbaan basikal tersebut.
Berikut kami kongsikan lokasi dan masa pelepasan serta lokasi dimana penamat dan jangkaan tiba barisan pelumba di garisan penamat :
Maklumat Le Tour De Langkawi 2022
Peringkat 1 : (Seri Menanti, Negeri Sembilan - KLCC, Kuala Lumpur)
- Tarikh : 11 Oktober 2022 (Selasa)
- Jarak : 157.3 km
- Lokasi Pelepasan : Sekolah Kebangsaan Tunku Nasir, Seri Menanti, Negeri Sembilan
- Masa Pelepasan : 12.30 tengah hari
- Lokasi Penamat : KLCC, Kuala Lumpur
- Jangkaan Masa Sampai : 4.17 petang
Peringkat 2 : Kuala Klawang, Negeri Sembilan - Dataran Raub, Pahang
- Tarikh : 12 Oktober 2022 (Rabu)
- Jarak : 178.9 km
- Lokasi Pelepasan : Menara Jam, Kuala Klawang, Negeri Sembilan
- Masa Pelepasan : 12.15 tengah hari
- Lokasi Penamat : Dataran Raub, Pahang
- Jangkaan Masa Sampai : 4.32 petang
Peringkat 3 : Putrajaya - Genting Highland, Pahang
- Tarikh : 13 Oktober 2022 (Khamis)
- Jarak : 123.7 km
- Lokasi Pelepasan : Dataran Putra, Putrajaya
- Masa Pelepasan : 12.40 tengah hari
- Lokasi Penamat : Genting Highland, Pahang
- Jangkaan Masa Sampai : 3.54 petang
Peringkat 4 : Sabak Bernam, Selangor - Meru Jaya, Ipoh Perak
- Tarikh : 14 Oktober 2022 (Jumaat)
- Jawak : 137.9 km
- Lokasi Pelepasan : Sabak Bernam, Selangor
- Masa Pelepasan : 2.45 petang
- Lokasi Penamat : Meru Jaya, Ipoh, Perak
- Jangkaan Masa Sampai : 6.04 petang
Peringkat 5 : Kuala Kangsar, Perak - Dataran Kulim, Kedah
- Tarikh : 15 Oktober 2022 (Sabtu)
- Jarak : 172 km
- Lokasi Pelepasan : Dataran Kuala Kangsar, Perak
- Masa Pelepasan : 12.30 tengah hari
- Lokasi Penamat : Dataran Kulim, Kedah
- Jangkaan Masa Sampai : 4.36 petang
Peringkat 6 : Padang Kota, Georgetown, Pulau Pinang - Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah
- Tarikh : 16 Oktober 2022 (Ahad)
- Jarak : 120.4 km
- Lokasi Pelepasan : Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang
- Masa Pelepasan : 9.00 pagi
- Lokasi Penamat : Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah
- Jangkaan Masa Sampai : 11.56 pagi
Peringkat 7 : Pekan Kuah, Langkawi - Gunung Raya, Langkawi
- Tarikh : 17 Oktober 2022 (Isnin)
- Jarak : 90.8 km
- Lokasi Pelepasan : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
- Masa Pelepasan : 2.15 petang
- Lokasi Penamat : Gunung Raya, Langkawi, Kedah
- Jangkaan Masa Sampai : 4.28 petang
Peringkat 8 : Pekan Kuah, Langkawi (Loop)
- Tarikh : 18 Oktober 2022 (Selasa)
- Jarak : 115.9 km
- Lokasi Pelepasan : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
- Masa Pelepasan : 1.30 petang
- Lokasi Penamat : Pekan Kuah, Langkawi, Kedah
- Jangkaan Masa Sampai : 4.18 petang
Untuk ketahui lebih lanjut dan terperinci tentang kawasan-kawasan yang akan dilalui dan juga pemenang bagi setiap peringkat, anda boleh rujuk di :
Facebook : www.facebook.com/ltdlangkawi
Laman Web : www.ltdlangkawi.my