Ramadan kali ini Iftar di mana, jom cuba lebih 85 pilihan masakan kenduri secara buffet di Kenduri Palace di Bandar Baru Bangi, Selangor.



Sampai 85 jenis masakan, tetapi hanya RM49.90 untuk dewasa, Rm39.90 untuk warga emas melebihi 60 tahun dan OKU manakala hanya RM29.90 untuk kanak-kanak berusia 7 sehingga 12 tahun.

Sesuai dengan namanya, menu-menu makanan disini adalah berasaskan lauk-pauk kenduri. Tetapi untuk bufet ramadan ini turut disertakan menu istimewa iaitu kambing golek, udang galah, burung puyuh dan juga satay.
Yang paling penting bila iftar ini dah tentunya surau dan tandas, disebabkan kita perlu menunaikan solat fardhu Maghrib yang sangat suntuk waktunya.
Disini, mereka menyediakan kemudahan surau dan tandas yang bersih, besar dan selesa demi kemudahan pelanggan.
Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 03-8925 6185 atau klik http://www.wasap.my/60104345849
Lokasi
Kenduri Palace @ Sunway Gandaria, Jalan Medan PB2, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.